Tular di laman sosial video memperlihatkan seorang wanita bertudung yang sedang memandu sambil minum minuman yang dipercayai mengandungi alkohol dalam jumlah yang rendah.

Menerusi rakaman video yang tular di TikTok dan Twitter, gadis tersebut didakwa sedang minum minuman ‘non halal’ di dalam kereta sambil membuat siaran langsung.

Wanita yang memakai selendang berwarna coklat itu memberitahu dirinya dalam keadaan ‘down.’

“Saya dah macam mental breakdown,” katamya.

Selain itu, gadis terbabit juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pengguna media sosial yang menegur dan menasihatinya.

“Ya haram. Akak tahu dik. Terima kasih untuk nasihat ya,” ujarnya lagi.

Tindakan wanita itu mendapat kecaman daripada netizen memandangkan minuman itu dipercayai tidak halal untuk diminum oleh individu beragama Islam.

Netizen turut menyerlah perbuatan gadis terbabit yang seakan-akan tidak malu menayang aksi tidak senonoh kepada khalayak umum.

“Aku kalau sedih… terus tertidur. Tak terlintas langsung nak healing cara macam ini.

“Moga Allah ampunkan dosa kamu dik. Mengadu la pada Allah InsyaAllah Allah buka jalanya. Saya pun stres juga tapi mengadu pada Allah.

“Aku healing pun tak sentuh benda macam itu. Cukup lepak jumpa kawan-kawan. Ajak lepak air terjun dan happy bersama kawan-kawan,” komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, dalam video berasingan yang juga dimuat naik oleh laman Twitter, wanita tersebut sempat memaklumkan dirinya kemalangan dan kemudian menghentikan siaran langsungnya.

"Oh sh**... kejap guys I accident," ujarnya ringkas namun tidak dapat dipastikan situasi sebenar yang dialami wanita tersebut selepas siaran langsungnya tamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Wanita Hamil Kemaruk Nak Minum Arak, Ustaz Adnin Beri Peringatan - "Mengidam Benda Haram..."

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Pening Isteri Hamil Mengidam Minum Arak, Netizen Pula Rasa Marah - “Kalau Bukan Islam Saya Faham Tetapi Alkohol Tak Elok Untuk Baby!”