Berita baik buat peminat filem bergenre seram, aksi dan thriller, Astro GO dan VOD ada menyajikan 6 senarai filem yang ada boleh layan hujung minggu ini!

Menariknya kesemua filem ini anda boleh layan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Berikut senarai filem berkenaan bersama dengan sebuah filem baharu akan datang yang dibintangi oleh Fattah Amin!

#1 Dendam Hantu Latah 2: Roh YB Lama

Sinopsis: Kampung Latah kini bakal menghadapi pilihanraya daerah, Hashim Kalimantan nekad mahu menjadi calon kali ini seteleah ditolak selama 3 penggal. Namun kehadiran hantu menyerupai YB lama mengganggu Hashim.

Cast : Kamal Adli|Syikin Kamal|Khir Rahman

Director : Khir RahmanLink: https://astrogo.astro.com.my/link/nST4LueN1XgSH8467

#2 Iblis Dalam Kandungan

Sinopsis : Sementara menunggu ketibaan cahaya mata, suami isteri membawa dua anak berpindah ke kaki Gunung Salak di mana suasana di sekeliling hening dan damai. Tapi sesuatu yang ganjil dikesani di sekitar rumah itu.

Cast : Nafa Urbach| Ali Syakieb| Denira Wiraguna

Director: Adhe Dharmastriya

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/u97rBWE1dGmtUg7r8

#3 The Flash

Sinopsis : Kisah Barry Allen yang menggunakan abiliti ‘Speed Force’nya untuk kembali ke masa lampau dan menyelamatkan ibunya dari dibunuh. Namun, perbuatannya itu menyebabkan masa depan dunia DC berubah secara drastik.

Cast : Ezra Miller|Michael Keaton|Sasha Calle

Director : Andy Muschietti

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/pCxqf2cfFGPMaYGv9

#4 The Boy Behind The Door

Sinopsis : Bobby dan kawan baiknya Kevin diculik dan dikurung di sebuah tempat yang pelik di satu lokasi yang tidak dapat dikenali.Bobby berjaya melepaskan diri dan terus berlari untuk menyelamatkan diri. Akan tetapi, dia tidak dapat meneruskan perjalanan kerana suara jeritan kevin asyik terngiang-ngiang di tepi telinganya membuatkan hatinya terlalu berat untuk meninggalkan kawan baiknya itu.

Cast: Ezra Dewey| Lonnie Chavis| Kristin Bauer van Straten| Micah A. Hauptman

Director : Justin Powell | David Charbonier

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/4oFyoSG8MtHZdHJ8A

#5 The Equalizer

Sinopsis : McCall telah melupakan masa silamnya, tetapi apabila dia bertemu Teri, seorang gadis di bawah kawalan gengster Rusia yang amat kejam, dia memutuskan membantu gadis itu.

Cast: Denzel Washington|Marton Csokas

Director: Antoine Fuqua

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/ayLS1c1gQt6w31Gv5

#6 The Equalizer 2

Sinopsis : Robert McCall yang menegakkan keadilan untuk mereka yang dieksploitasi dan ditindas memulakan pemburuan di seluruh dunia tanpa henti untuk membalas dendam apabila kekasihnya, Susan Plummer dibunuh.

Cast: Denzel Washington|Pedro Pascal|Ashton Sanders

Director: Antoine Fuqua

Link: https://astrogo.astro.com.my/link/oNav3FHbEsZZkDzh7

FILEM AKAN DATANG

Sepak Takraw Losers

Sinopsis : Setelah tewas dalam sebuah pertandingan, sebuah pasukan takraw serta jurulatih mereka mendapati diri mereka dikurung dalam bilik oleh seorang wanita misteri. Untuk mendapat kebebasan, mereka harus mengenalpasti kelemahan pasukan, lantas membawa kepada menuding jari sesama mereka. Namun apa yang mereka harus sedari, mereka memerlukan masing-masing agar bukan sahaja mereka akan terselamat, tapi juga bertambah baik sebagai satu pasukan.

Tx Date : 16 September 2023, 10am at Astro Ria

Cast: Fattah Amin|Khatijah Tan|Fadhli Masoot|Bulan Terry

Director: Fairul Nizam Ablah

Saksikan semua program menarik di atas hanya di Astro GO dan VOD ! Tiada Astro GO? Jangan risau, ikut cara mudah ini untuk memuat naik Astro GO di telefon pintar dan gajet anda sekarang.

● Muat naik aplikasi Astro GO dengan hanya klik di sini (Google Play Store) atau di sini (Apple Store). Cara lain ada juga boleh strim secara terus melalui komputer riba anda di astrogo.astro.com.my

● Sambungkan Astro ID anda kepada Astro GO dengan mengikuti step di sini

● Log masuk Astro GO dengan mendaftar menggunakan Astro ID anda

● Pilih dan layan drama kegemaran anda sekarang

● Atau scan QR code di bawah untuk mendaftar