Skip to main content

Selebriti

Dayang Nurfaizah Teruja, Seronok Dapat Hiburkan Pelajar - “Kalaulah Masa Sekolah Dulu Ada…”

Dayang Nurfaizah Teruja, Seronok Dapat Hiburkan Pelajar - “Kalaulah Masa Sekolah Dulu Ada…”

Sekilas

  • Dayang Nurfaizah memuji Program Santun Pelajar Gempakkan Kampus sebagai inisiatif yang memberi semangat dan hiburan kepada pelajar di tengah kesibukan belajar.
  • Menurut Dayang, program ini membantu pelajar berehat seketika dan kembali fokus selepas aktiviti santai dan hiburan.
  • Dayang dan Iman Troye hadir sebagai tetamu istimewa di Gempakkan Kampus UPM, dengan Dayang menyampaikan dua lagu dalam segmen Gempak Jam Session.
Advertisement

Penyanyi, Dayang Nurfaizah menyifatkan Program Santun Pelajar Gempakkan Kampus sebagai inisiatif yang mampu memberikan suntikan semangat kepada pelajar menerusi hiburan dan aktiviti santai di tengah-tengah kesibukan mereka menuntut ilmu.

Menurut Dayang, program seumpama itu bukan sahaja dapat menceriakan pelajar, malah memberi ruang kepada mereka untuk berehat seketika daripada rutin pembelajaran sebelum kembali fokus terhadap pelajaran.

Advertisement

“Bagi saya, program seperti Gempakkan Kampus Mekdi bersama pelajar ini umpama memberikan semangat kepada mereka.

“How i wish masa saya belajar di sekolah dahulu ada yang datang bagi semangat macam ini. Sudah pasti kita sendiri akan lebih bersemangat.

“Pada saya ini adalah program yang bagus, mungkin aktiviti sehari-hari mereka asyik belajar, buat ulang kaji dengan rakan-rakan,” katanya.

Advertisement

Dayang berkata demikian ketika ditemui di program Mekdi Gempakkan Kampus di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Dayang turut meluahkan rasa gembira kerana berpeluang hadir dan menghiburkan para pelajar menerusi program berkenaan.

“Jadi bila ada hiburan sedikit seperti ini, boleh lah hiburkan mereka sambil memberikan sedikit kata-kata semangat.

“Sekurang-kurangnya dapatlah buat mereka gembira sekejap dan selepas itu kembali semangat fokus belajar.

“Saya juga berasa gembira kerana dapat hadir dan menghiburkan mereka, hopefully selepas ini kita boleh bersama-sama berhibur dan berikan positif vibe kepada para pelajar,” ujarnya.

Dayang dan Iman Troye hadir sebagai tetamu istimewa yang membuat persembahan di Gempakkan Kampus menerusi segmen Gempak Jam Session.

Dayang telah membawakan dua buah lagu iaitu Umpan Jinak Di Air Tenang dan juga Lelaki Teragung.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement