Skip to main content

Hiburan

“Kalau Saya Tak Nak Buat, Saya Pula Yang Diva” – Diana Danielle

“Kalau Saya Tak Nak Buat, Saya Pula Yang Diva” – Diana Danielle

Sekilas

  • Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa tidak puas hati kerana nama pelakon digunakan untuk mendapatkan tajaan tanpa bayaran tambahan.
  • Dia mendakwa sering diminta merakam video dan mengambil gambar sebagai penghargaan kepada penaja setiap kali hadir ke set penggambaran.
  • Diana tidak menamakan penerbit atau produksi tertentu dalam kenyataannya dan tidak memperincikan projek yang dimaksudkan.
Advertisement

Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa tidak puas hati terhadap amalan menggunakan nama pelakon bagi mendapatkan tajaan sebelum meminta mereka menghasilkan kandungan penghargaan untuk penaja.

Menerusi komen di Threads, Diana mendakwa dirinya pernah diminta merakam video serta mengambil gambar setiap kali hadir ke set bagi mengucapkan terima kasih kepada pihak yang memberikan tajaan.

“Guna nama pelakon untuk dapat penaja, daripada lokasi sampai makanan. Lepas itu tiap kali datang set, saya kena buat video dan ambil gambar untuk ucap terima kasih kepada penaja.

“Kalau saya tak nak buat, saya pula yang diva. Satu kerja pula saya. Mereka jimat bajet,” tulisnya.

sdfbg

Diana meninggalkan komen tersebut pada hantaran seorang pengguna yang mempersoalkan tindakan penerbit mendapatkan tajaan makanan serta minuman untuk kru ketika menghasilkan filem.

Bagaimanapun, Diana tidak menamakan mana-mana penerbit atau produksi dalam komen berkenaan, selain tidak memperincikan projek yang dimaksudkan.

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement