Hiburan
Seram! Trailer Rasmi Filem Makmum Dikeluarkan, Bakal Tayang Di Malaysia 15 Ogos Ini
Filem seram Indonesia yang dinantikan tahun ini, Makmum mengeluarkan trailer rasmi mereka yang pasti membuatkan anda meremang bulu roma.
Berita baik untuk peminat filem seram di Malaysia, Makmum akan menghantui pawagam Malaysia pada 15 Ogos, tarikh yang sama filem ini dikeluarkan di Indonesia.
Makmum sebelum ini hanyalah sekadar sebuah filem pendek dengan durasi hampir 10 minit hasil garapan pelajar, Riza Pahlevi sebelum diangkat menjadi sebuah filem.
Diarahkan oleh sutradara terkenal Hadrah Daeng Ratu, filem ini dibintangi pelakon handal Titi Kamal, Ali Syakieb, Tissa Biani, Bianca Hello dan Adila Fitri.
Makmum menceritakan tentang Rini (Titi Kamal) memutuskan untuk menerima ajakan Ibu Kinanti (Jajang C. Noer) untuk membantu menguruskan asrama yang pernah didiami dulu.
Tiga pelajar iaitu Nurul (Tissa Biani), Putri (Adila Fitri) dan Nisa (Bianca Hello) tidak diizinkan pulang sewaktu cuti kerana melakukan salah laku.
Setiap kali solat, selalu ada ‘makmum’ yang mengikuti mereka. Ketika Rini tiba dan bertemu dengan tiga pelajar tersebut lalu menyedari ada ‘sesuatu’ yang menghantui asrama ini.
‘Sesuatu’ yang bersangkutan dengan dendam di masa lalu. Rini bertekad membantu ketiga pelajar tersebut tanpa dia sedari nyawanya sendiri bakal terancam.
Tonton filem ini di pawagam berdekatan bermula 15 Ogos ini.
Must-Watch Video