Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Serangan Balai Polis: Ibu, Bapa Tiada Kekuatan Lihat Barang Arwah Konstabel Muhamad Syafiq

Awani
08/06/2024 23:55 MYT
Ahli keluarga kepada Konstabel Muhamad Syafiq, 24, anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, mengaku tidak sanggup untuk membuka bungkusan barang peninggalan Allahyarham yang diterima mereka.

Tidak mempunyai kekuatan

Kakak sulung kepada Muhamad Syafiq, Nurul Syuhada Ahmad Said, 31, berkata, mereka tidak mempunyai kekuatan untuk melihat semua barang peninggalan termasuk uniform terakhir yang dipakai arwah sewaktu kejadian pada 17 Mei lalu.

Menurutnya, disebabkan itu, mereka meminta agar pakaian seragam terakhirnya, ditanam di tempat arwah berkhidmat sebagai tanda kenangan.

Berita Trending: "Hamil Tanpa Suami Itu Tidak Mudah” - Tunjuk Baby Bump,…

"Mak (dan) abah masih dalam keadaan bersedih, (kami) terkejut dengan apa yang terjadi. Hendak terima baju (terakhir) arwah lagi tidak sanggup.


Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Ibu Bapa Zayn Rayyan Menangis,…

"Jadi, baju dan seluar arwah kami minta mereka tanam, barang lain macam kasut, tali pinggang dan jam pula disedekahkan kepada kawan-kawan arwah di sana (Balai Polis Ulu Tiram)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Berita Trending: Sudah Lama Terputus Hubungan Dengan Syamsul, Yusof Haslam Enggan…

Nurul Syuhada yang menetap di Batu Pahat, Johor memberitahu ibu, Aini Mohd Shariff, 57, dan ayah, Ahmad Said Md Piah, 65, masih terkesan dengan kejadian berlaku, meskipun sudah reda dengan ketentuan Allah.

"Tapi, bila teringatkan arwah Muhamad Syafiq, mereka menangis," luahnya.

Berita Trending: #JusticeForZaynRayyan: “Keluarga Tidak Pernah Lantik…

Bercerita lanjut, Nurul Syuhada berkata, mereka sekeluarga turut menerima barangan peribadi dan kelengkapan rumah milik arwah Muhamad Syafiq yang dihantar ke rumah keluarga di Taman Seri Mahkota Jaya, pada Khamis.

"Kotak-kotak terbabit belum dibuka dan mereka (ayah serta ibu) tunggu kami adik-beradik berkumpul serta melihat sama-sama barang peribadi arwah," katanya.

Berita Trending:Isu Ustaz Don Direhatkan, Ustaz Kazim Minta Orang Ramai Berhenti Mengkritik-…

Dalam pada itu, Nurul Syuhada berkata, sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini tidak semeriah sebelum ini kerana arwah meninggalkan ahli keluarga secara mengejut.

Berita Trending: "Saya Akan Bangkit Semula" - Jojo Ghazali

Pemergian arwah, katanya, memberi kesan yang mendalam buat mereka dan sehingga kini sukar melupakan tragedi berkenaan.

Sumber: Sinar Harian
#Polis #Arwah #Ibu Bapa #Syafiq #Barang #Muhamad #Serangan #Balai #Konstabel
;