Berita

Serangan Seksual Di Tahfiz:Hukuman Penjara 13 Tahun Bekas Guru Agama Kekal

gempak
Awani
09/11/2024
02:25 MYT
Sponsor Banner
Serangan Seksual Di Tahfiz:Hukuman Penjara 13 Tahun Bekas Guru Agama Kekal
Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur semalam mengekalkan hukuman penjara 13 tahun yang dijatuhkan ke atas seorang bekas guru agama di sebuah pusat tahfiz dan rumah anak yatim kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar lelaki, lima tahun lepas.

BERITA BERKAITAN: Jalani Hidup Bersama Anak-Anak Lepas Sah Cerai, Idzham Ismail Fokus Urusan Di Rumah - “Anak Pun Dah Faham, Kita Jalan Depan Yuk Kids”

BERITA BERKAITAN: Fatin Afeefa Hantar Anak Masuk Sekolah Tahfiz, Menangis Dengar Adam Baca Lafaz Janji Hafaz Al-Quran

BERITA BERKAITAN: Mahkamah Narathiwat Tolak Permohonan Ikat Jamin 6 Warga Malaysia Disyaki Miliki Dadah

BERITA BERKAITAN:Lemas, Benam Kepala Anak Tamara Tyasmara 12 Kali, Kekasih Terlepas Hukuman Mati

Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim turut mengekalkan hukuman tiga sebatan yang dikenakan ke atas Mohd Faiza Rizza Mohd Ropi oleh Mahkamah Sesyen.
Lelaki berumur 38 tahun itu, yang kini bekerja sebagai pembantu pam di sebuah stesen minyak, sebelum ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi selepas membenarkan rayuannya terhadap sabitan dalam kes tersebut.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan perintah pembebasan Mohd Faiza.
Panel itu turut memerintahkan agar tempoh Mohd Faiza berada di penjara selepas gagal memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dimasukkan dalam jumlah hukumannya.
Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, yang turut bersidang, juga mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen agar Mohd Faiza menjalani kaunseling semasa dipenjarakan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas hukuman penjaranya berakhir.
Ketika menyampaikan keputusan sebulat suara itu, Azmi berkata pendakwaan berjaya membuktikan semua unsur pertuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Beliau berkata panel itu tidak bersetuju dengan penemuan Pesuruhjaya Kehakiman sebelum ini bahawa pertuduhan terhadap Mohd Faiza sepatutnya dibuat di bawah Seksyen 14(d) akta sama.
Hakim itu berkata mahkamah mendapati tiada percanggahan dalam keterangan mangsa dan laporan polisnya.
Azmi berkata satu laporan polis yang dibuat oleh Mohd Faiza dua tahun selepas didakwa yang menyatakan bahawa dia dituduh secara palsu oleh mangsa adalah sesuatu yang difikirkan kemudian dan rekaan semata-mata.
Mohd Faiza telah disabitkan oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan melakukan serangan seksual terhadap mangsa yang ketika itu berumur 17 tahun di bilik warden sebuah asrama tahfiz dan sebuah asrama anak yatim di Temerloh, Pahang pada 2 pagi dalam bulan Jun 2019.
Dia kemudian dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan tiga sebatan pada 26 Nov 2021 oleh mahkamah sama. Pada 11 Mei 2023, Mahkamah Tinggi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan membebaskan Mohd Faiza daripada pertuduhan itu.
Pendakwaan kemudian membuat rayuan terhadap keputusan itu.
Timbalan Pendakwa Raya P. Sarulatha hadir bagi pihak pendakwaan manakala peguam Shashi Devan dan Muhammad Nazreen Jaafar Abdullah mewakili Mohd Faiza.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024