BERITA
Sering Bangun Kencing Malam Hari? Jika Ya, Anda Mungkin Mengalami 'Nocturia'
Masalah tidak boleh tidur malam sering kali dikaitkan dengan gejala insomnia. Namun, jika gangguan tidur itu disebabkan oleh kekerapan bangun untuk kencing, anda mungkin mengalami nocturia.
Nocturia merupakan istilah perubatan yang merujuk kepada gangguan kesihatan pada tubuh badan yang mengakibatkan seseorang kerap buang air kecil pada waktu malam.
Justeru, jika anda selalu terpaksa bangun kencing lebih daripada satu kali ketika waktu tidur, gejala itu perlu diberikan perhatian.
Sekiranya dibiarkan melarat, nocturia bukan sahaja memberi kesan terhadap kualiti tidur anda, sebaliknya boleh memberi impak buruk kepada produktiviti anda pada siang hari.
Bahkan, lebih teruk, gangguan tidur itu boleh membuatkan pasangan anda di sebelah turut sama tidak lena gara-gara bunyi bising 'flush' setiap kali anda ke tandas.
Secara tidak langsung, produktiviti dan mood pasangan anda juga akan terjejas sama seperti anda yang mengalami nocturia.
Sungguhpun nocturia sering dikesan dalam kalangan individu yang sudah berusia, sebenarnya masalah itu juga boleh terjadi di semua peringkat umur.
Ada beberapa punca yang mendorong kepada seseorang itu mengalami nocturia. Antaranya termasuklah:
1. Nocturnal polyuria (penghasilan air kencing secara berlebihan pada waktu malam disebabkan gangguan hormon)
2. Kesan pengambilan ubat-ubatan
3. Sleep apnea (Keadaan seseorang kerap berhenti bernafas ketika tidur)
4. Diabetes
5. Pengambilan air berlebihan pada waktu malam
6. Minuman alkohol, teh dan kopi
Biarpun ada banyak punca lain mendorong seseorang mengalami masalah nocturia, penyebab utama yang dikesan ke atas pesakit lazimnya daripada nocturnal polyuria (60-80 peratus pesakit).
Nocturnal polyuria ini merupakan keadaan abnormal pada pundi yang menghasilkan air kencing secara berlebihan pada waktu malam.
Dalam keadaan normal, tubuh akan menghasilkan lebih banyak hormon vasopresin yang berfungsi dalam memekatkan air kencing pada waktu malam yang menyebabkan seseorang tidak perlu bangun untuk kencing.
Namun, bagi mereka yang mengalami nocturnal polyuria, penghasilan hormon vasopresin yang lebih rendah mengakibatkan air kencing cair dan pundi kencing tidak dapat menampungnya.
Bagaimanapun, jika anda mengalami masalah tersebut, anda tidak perlu risau. Nocturia merupakan masalah kesihatan yang boleh dirawat.
Justeru, bagi mereka yang mengalami kerap bangun malam untuk kencing anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor agar tidur malam anda tidak terus terganggu.
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai nocturnal polyuria, anda kini boleh melayari laman web www.waketowee.com.
Laman web yang dibawakan oleh FERRING Sdn. Bhd. itu menyediakan informasi lengkap khusus berkaitan masalah gangguan tidur yang disebabkan kencing berlebihan pada waktu malam.
Overview of Malaysian Nocturia Survey


Sumber: www.webmd.com | www.healthline.com | www.waketowee.com
Foto: Google
Must-Watch Video