Sering Berkongsi Petikan Islamik & Ulas Isu Semasa, Haris Ismail Komen - “Hanya Sekadar Perkongsian, Tidak Kena Mengena Dengan Sesiapa”
Mya Amri
23/10/2024 03:25 MYT
23/10/2024 03:25 MYT
Pendakwah selebriti dan usahawan, Haris Ismail menegaskan perkongsian petikan Islamik dan ulasan isu semasa yang dilakukan olehnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.
Sebaliknya menurut Haris, setiap perkongsian yang dimuat naik menerusi platform media sosialnya hanyalah sekadar peringatan dan kata-kata motivasi yang diulas secara umum.
Haris berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi baju jenama Kita & Co by Mimpi Kita yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Tambah Haris lagi, dia sering mengupas isu dan topik yang berkaitan dengan situasi semasa bagi membantu sesetengah individu yang sedang melaluinya menemui jalan penyelesaian.
“ Saya ada kongsikan satu petikan, tapi tak ada kena mengena dengan sesiapa,” jelasnya.
Terdahulu, suami kepada selebriti popular, Neelofa itu kerap memuat naik petikan berbaur teguran berkaitan tindakan sesetengah pihak memberikan alasan yang tidak selari dengan suruhan Sang Pencipta.
Antaranya hal berkaitan dengan ramai orang mengikuti trend video ‘Thank you keteyki’ yang merupakan trendmark pempengaruh media sosial dari Thailand iaitu Aon Samrutai.
Sekadar peringatan dan motivasi
Sebaliknya menurut Haris, setiap perkongsian yang dimuat naik menerusi platform media sosialnya hanyalah sekadar peringatan dan kata-kata motivasi yang diulas secara umum.
“Tak ada apalah, itu hanya sekadar perkongsian. Kalau tengok di media sosial saya, saya banyak kongsikan kata-kata yang tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun,” katanya.
Haris berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi baju jenama Kita & Co by Mimpi Kita yang berlangsung di TRX, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Hanya membantu
Tambah Haris lagi, dia sering mengupas isu dan topik yang berkaitan dengan situasi semasa bagi membantu sesetengah individu yang sedang melaluinya menemui jalan penyelesaian.
“Dari dulu pun, saya cuba kupaskan tajuk-tajuk ‘healing’ untuk bantu orang yang dalam kesedihan dan apa sahaja yang boleh membantu mereka.
“ Saya ada kongsikan satu petikan, tapi tak ada kena mengena dengan sesiapa,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Itu Tanggungjawab Semua Lelaki, Bukan Saya Sahaja” - Haris Ismail Komen Tentang Urusan Bil & Perbelanjaan Rumah
ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Budaya ‘Keteyki’ Cepat Saja Ikut, Tapi Kalau Ustaz Kata Sebut Alhamdulillah, Kata Ini Ada Tauliah Tak?” - PU Riz
ARTIKEL BERKAITAN:Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”
ARTIKEL BERKAITAN:Teguran PU Riz Untuk Individu Kata ‘Lebih Selesa Tak Bertudung, Inilah Diri Saya Sebenar’ - “Dalam Agama Ada Bahagian Yang Dipanggil Malu Dengan Dosa”
ARTIKEL BERKAITAN:PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”