Skip to main content

Budaya Popular

“Kalau Budaya ‘Keteyki’ Cepat Saja Ikut, Tapi Kalau Ustaz Kata Sebut Alhamdulillah, Kata Ini Ada Tauliah Tak?” - PU Riz

astrogempak_pu-riz-trend-keteyki.png
Advertisement

Boleh dikatakan ramai orang mengikuti trend video ‘Thank you keteyki’ yang merupakan trendmark pempengaruh media sosial dari Thailand iaitu Aon Samrutai.

Trend mudah diikuti

Usahawan dan penceramah bebas PU Riz atau Haris Ismail bagaimanapun berpendapat trend tersebut mudah menjadi ikutan berbeza dengan saranan ustaz yang menyarankan menyebut ‘Alhamdulillah’ untuk mengelak penyakit ain.

Advertisement

 

“Kalau budaya keteky cepat saja ikut, tapi kalau ustaz-ustaz kata sebutlah Alhamdulillah, untuk elak ain dia kata ini ada tauliah tak? Awak sempurna sangat ke?” kongsi PU Riz di Instagram miliknya.

 

Dalam pada itu, suami kepada usahawan dan selebriti terkenal Neelofa ini turut berasakan tidak semestinya perlu menunggu seorang yang sempurna untuk memberi teguran.

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement