Berita

"Sering Sakit Tidak Keluar Suara & Demam Berpanjangan Sebelum Persembahan" - Hael Husaini Alami 'Sakit Misteri'

gempak
Rozaimi Zubaidi
28/05/2019
06:43 MYT
Sponsor Banner
"Sering Sakit Tidak Keluar Suara & Demam Berpanjangan Sebelum Persembahan" - Hael Husaini Alami 'Sakit Misteri'
Penyanyi dan komposer Hael Husaini mengakui seringkali mengalami masalah kesihatan apabila ingin mengadakan persembahan pentas.
Menurut Hael, sehingga kini doktor masih tidak dapat menyatakan punca sebenar kenapa dia sering mengalami demam secara berpanjangan dan sakit tekak setiap kali sebelum membuat persembahan pentas.
"Saya kini terikat dengan pengambilan ubat-ubatan selepas beberapa bulan mengalami masalah kesihatannya dan disebabkan itu berat badan saya semakin meningkat.
"Selepas mendapatkan rawatan di hospital sejak tiga bulan lalu, doktor masih belum dapat mengsahkan sakit yang dialami oleh saya dan mereka juga tidak tahu punca kenapa saya sakit.
"Saya sering sakit tidak keluar suara dan demam berpanjangan secara tiba-tiba sebelum saya bakal mengadakan persembahan pentas.
"Ada juga kata saya mungkin terkena sakit misteri, namun saya tidak percaya sangat dengan perkara mistik. Mungkin selepas ini saya boleh cuba melakukan rawatan Islam pula," katanya kepada Gempak.
Hael berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan artis, Rocketfuel Entertainment bersama anak-anak yatim di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Sementara itu, jangan lupa untuk mendengar single raya terbaharu daripada Hael iaitu Bersyukur Seadanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live