Siapa sangka anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, iaitu Cik B memasang hasrat untuk menjadi seperti ahli sains dunia, Albert Einstein.

Menerusi posting terbaru di Instagramnya, Cik B meluahkan hasrat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai bahan tenaga kuasa dan logam.

“Cik B memang nak jadi macam Einstein. Nak tanya pasal tenaga kuasa atau logam.

“Cik B akan jawab sampai ngam,” kata Cik B secara rap.

Jelas Cik B lagi, dia akan bersama Abang Wafiy di SMK: Study Squad LIVE untuk belajar dengan lebih mendalam.

“Korang boleh hantar soalan kat cikgu. Nanti kita tengok antara kita orang dua, siapa menang dalam segmen kuiz!

“Saksikan SMK: Study Squad LIVE bersiaran secara langsung pada 22, 23, dan 24 Mac 2021, jam 3 petang di Astro Tutor TV PT3 Saluran 602,” katanya.

Siri komedi popular Astro Tutor TV SMK kini kembali dengan 'spin-off' tersendiri yang disebut SMK: Study Squad: LIVE, bermula 22 Mac ini.

‘SMK Study Squad: LIVE adalah berdasarkan program SMK Study Squad sebelum ini yang menjangkau lebih daripada 2.6 juta penonton sejak dilancarkan pada Januari 2021.

Menariknya kali ini lebih istimewa kerana penonton akan berpeluang berinteraksi dengan para pelakon terkenal dari Skuad Pengajian SMK dan guru-guru termasuk Wafiy, Erissa, Fikry, Aniq, Cik B dan Zaki Yamani menerusi segmen Tanya Jawab secara langsung.

Penonton boleh mengemukakan soalan-soalan dengan cara menghantarkannya melalui laman sesawang UPPED (KLIK SINI).

BACA: Bantu Pelajar Belajar, SMK Study Squad Is Back! Eh Cik B Dengan Zaki Yamani Pun Ada

Siri komedi popular Astro Tutor TV SMK kini kembali dengan 'spin-off' tersendiri yang disebut SMK: Study Squad: LIVE, bermula 22 Mac ini.

‘SMK Study Squad: LIVE adalah berdasarkan program SMK Study Squad sebelum ini yang menjangkau lebih daripada 2.6 juta penonton sejak dilancarkan pada Januari 2021.

Menariknya kali ini lebih istimewa kerana penonton akan berpeluang berinteraksi dengan para pelakon terkenal dari Skuad Pengajian SMK dan guru-guru termasuk Wafiy, Erissa, Fikry, Aniq, Cik B dan Zaki Yamani menerusi segmen Tanya Jawab secara langsung.

Untuk maklumat lanjut, layari https://astro.com.my/HowTo