Seriuslah! Tawar Pakej Harga Berpatutan, Lelaki Ini Dakwa Mampu Sembuhkan COVID-19 Dengan Jampi?
Ketika ramai yang menaruh harapan supaya pendemik COVID-19 segera pulih, ada pula pihak tidak bertanggungjawab mengambil cuba kesempatan dan keuntungan 'atas angin'.
Tidak cukup dengan itu lelaki itu juga mendakwa telah mengubati ribuan orang.
Namun ternyata itu semua hanya pembohongan apabila didedahkan oleh Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM).
Menerusi Harian Metro, Presidennya Leftenan Kolonel (Kehormat) Che Hassan Che Johan berkata, perkara itu diketahui selepas pihaknya menerima aduan daripada dua warga Bangladesh yang menjadi mangsa, baru-baru ini.
Menurutnya, lelaki itu turut menawarkan khidmat untuk merawat semua pekerja sebuah kilang di Selangor yang disahkan positif wabak itu.
Malah, khidmat teersebut ditawarkan dengan pakej harga berpatutan.
"Dia mendakwa boleh rawat penyakit dan sejak dari awal lagi kita kesan ia satu pembohongan.
Tambahnya, PPMM akan membawa isu penipuan rawatan berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan polis bagi tindakan lanjut.
“Ini untuk memastikan tiada mangsa lain terperdaya.
“Saya minta masyarakat agar lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran meragukan,” katanya.