Seorang pengguna X menyelar tindakan beberapa individu yang kelihatan seronok bermandi-manda di blue lagoon walaupun kawasan itu sememangnya kawasan larangan.

Difahamkan, blue lagoon tersebut merupakan kawasan yang telah ditutup untuk orang awam bagi pelajar universiti jalankan kajian.

Berdasarkan penjelasan yang diberikan seorang pengguna X, kajian yang dilakukan adalah berkaitan flora, fauna, kesihatan ekosistem hutan, pengurusan hutan, produk semulajadi dan rekreasi.

“Tak selamat dah blue lagoon kami. Punya lah besar signboard "no entry" ada juga yang menceroboh.

“Siap yang menceroboh boleh kena denda 10K tau. Tolong lah kesian dekat kami yang nak buat kajian dekat sekitar situ,” tulis pengguna X.

Berita Trending: "Hanya Lelaki Mati Pucuk Cukup Satu, Sebab Fitrah Lelaki Nak Ramai" - Kenyataan…

Dalam pada itu, ada juga netizen yang memberi cadangan bagi membendung masalah kedegilan beberapa individu yang bertindak untuk masuk ke kawasan ini.

“Tak nak bagi orang masuk mudah.

“1. Letak papan tanda amaran, penceroboh akan ditembak.

“2. Bila ada penceroboh, tembak 1 2 das. Bagi amaran.

“3. Cuba tengok kalau berani masuk lagi

“Dia ada kepala yang ligan benda macam ini, selagi tak kena 10k sorang yang lain akan membiak,” tulisnya.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah terima sebanyak 3.1 juta tontonan di Platform X.