Penulis dan pengkritik filem terkenal Hassan Mutalib berkongsi rasa kagumnya terhadap filem dokumentari skuad bola sepak cacat penglihatan kebangsaan, Eye On The Ball (EOTB).

Menurutnya, idea anak-anak muda tentang pembikinan filem seperti ini berada di luar jangkaannya.

“Sekarang zaman sudah berubah. Oleh kerana ramai anak muda memilh bidang filem sebagai kerjaya, mereka sentiasa mencari sesuatu yang berbeza.

“Filem ini adalah contoh filem yang sangat berbeza dan saya tidak menjangka akan melihat ini. Saya hadir tanpa sebarang jangkaan tetapi saya sangat kagum dengan apa yang telah dilakukan oleh krew, pengarah dan semua yang terlibat,” ujarnya menerusi satu perkongsian video di laman Twitter.

Filem arahan Chen Yih Wen ini merupakan produksi sulung terbitan pasukan kewartawanan penyiasatan R.AGE daripada Star Media Group

Dokumentari EOTB menceritakan kisah suka duka pasukan bola sepak cacat penglihatan yang melakar kemenangan di Sukan Para ASEAN 2017 untuk melayakkan diri ke kejohanan bola sepak cacat penglihatan dunia.

Saksikan filem EOTB di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 bermula 20 Ogos 2020.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem ini, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.