Baru sahaja beberapa hari membuka tirai nampaknya drama Dendam Seorang Isteri berjaya mendapat perhatian ramai.

Tidak hanya jalan cerita malah keberkesanan lakonan watak juga memainkan peranan penting dalam drama adaptasi Korea, Temptation of Wife itu.

Watak yang mana berjaya membuatkan netizen sakit hati? Sudah pastilah mak mentua kepada Amira.

Karakter antagonis yang dilakonkan oleh Ziema Din sebagai Mona ini ternyata membuatkan ramai yang panas hati.

Sampaikan ada yang meluahkan hasrat untuk menampar Mona kerana sikap kejamnya dan tanpa belas kasihan terhadap Amira.

“Kenapalah mami dia jahat sangat, geram tengok,” komen @serenabteibrahim

“Geram tengok, dah lah punca keguguran tu dari dia,” tulis @sty.halijah

“Setannya mak mentua macam ni,” coret @elmiezenrose

Apa yang bakal berlaku dalam episod seterusnya? Sama-sama kita nantikan.

Saksikan Dendam Seorang Isteri secara eksklusif menerusi slot Tiara di Astro Prima (salutan 105), setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.

Pada yang terlepas boleh juga tonton di Astro Go dan Astro On Demand.