Tiada apa yang lebih membanggakan seorang bapa apabila melihat kejayaan anak-anaknya.

Momen membanggakan itu dikongsi seorang gadis yang dikenali sebagai Safia Anisa, 23, apabila dia berada bersama bapanya di dalam satu kokpit memacu sebuah kapal terbang yang sama.

Menerusi tweetnya yang tular di Twitter, Safia dan kakaknya, Safia Amira, 28, bekerja di syarikat penerbangan tambah murah AirAsia sebagai Senior First Officer (juruterbang kedua).

Bapanya pula yang telah 40 tahun bergelar juruterbang kini memegang jawatan junior first officer di syarikat yang sama semata-mata untuk terbang bersama-sama dua anaknya itu.“This man left the company he's been with for 40 years, started fresh as a junior, got a new rating at the age of 58, just so he could fly with 2 of his annoying daugters.

“I cannot tell you how grateful i am for this. Alhamdulillah, i finally got to fly with my abah,” tulis Safia di Twitternya.

Malah, Safia turut sempat menceritakan perjalanan karier bapanya yang bermula sebagai seorang pegawai kadet di Malaysia Airlines selepas Sijil Pelajaran Malaysia.



Gembira melihat pencapaian dua anaknya, bapanya membuat keputusan untuk berpindah ke AirAsia untuk terbang sebelum dia bersara.

Rata-rata netizen berbangga dengan pencapaian anak-beranak itu dan kagum dengan ikatan kekeluargaan mereka yang rapat.

Tweet tersebut kini menerima lebih 55,000 retweet dan hampir 72,000 likes daripada warga Twitter.