Laman Utama

Shakilla Khoriri Harap Fizi Ali Lebih Jujur - “Saya Tak Tahu Aktiviti Waterpark Bertukar Jadi Majlis Nikah”

Asyikin Mayudin
24/10/2023
01:54 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri memaklumkan bekas suaminya iaitu penyampai radio Fizi Ali tidak berkata jujur ketika mengambil anak mereka, Ameena Sofia pada Ahad lalu.
Menurut Shakilla, dia terkejut apabila mengetahui rupa-rupanya Fizi melangsungkan pernikahan pada Isnin memandangkan bekas suaminya memberi alasan mahu membawa Ameena ke taman tema air.
“Saya terkejut tiba-tiba jadi majlis nikah. Kelmarin malam (Ahad) dia ada datang rumah saya dan kami bersembang panjang fasal anak. Tapi tiada pula dia kata nak bernikah hari Isnin.
“Cuma dia kata nak ambil anak dan bawa ke waterpark (taman tema air). Saya tak tahu pula aktiviti pergi waterpark dengan anak tu bertukar jadi majlis nikah dia,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Tiada sebarang masalah antara mereka, namun Shakilla berkata Fizi sepatutnya berterus terang dengannya memandangkan lelaki itu bapa kepada anak perempuannya.
“Saya tidak tahu nak fikir macam mana dan nak komen apa. Dia sebagai bapa kepada anak yang saya kandungkan, sepatutnya dia berterus terang sahaja dengan saya. Saya tiada isu pun kalau dia nak bernikah.
“Bila orang ramai beritahu bapa Ameena bernikah, saya jadi terpinga-pinga nak jawab, sebab tak tahu menahu. Saya pernah tanya bila nak nikah, dia hanya jawab soon sahaja, tapi tidak tahu pula hari Isnin.
Sementara itu, Shakilla berkata dia tiada sebarang ucapan istimewa untuk Fizi dan isterinya, namun hanya mendoakan pasangan itu bahagia.
“Saya tiada ucapan apa-apa. Saya pun tidak mahu cakap lebih-lebih sebab nanti orang kata saya tak move on pula. Doakan sahaja yang baik-baik untuk dia dan pasangan. Semoga dia bahagia dan tiada isu lagi,” ujarnya.
BACA SINI: "Rezeki Saya Berjumpa Dengan Wanita Yang Ada Anak Perempuan Juga" - Fizi Ali
Semalam, Fizi telah mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan wanita pilihannya yang juga rakan perniagaannya yang dikenali sebagai Siti Zulaikha.
Pasangan itu selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Gombak.
Untuk rekod, Shakilla dan Fizi pernah mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018. Namun disahkan bercerai pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Shakilla Khoriri Syukur Dapat Hak Hadanah Interim - “Aku Percaya Doa & Aturan Allah…”

gempak
13/05/2024
08:21 MYT
Pelakon Shakilla Khoriri melahirkan rasa syukur apabila mahkamah pada Isnin memutuskan hak hadanah interim untuk anaknya, Ameena Sofia berpihak kepadanya.
Hiburan

Fizi Ali Hairan Dengan Komen Netizen ‘Sound’ Isterinya - “Bini Aku Usik Kau Ke?”

gempak
06/03/2024
06:55 MYT
Netizen itu pun dah kenapa...
Hiburan

“Tak Dapat Nak Gambarkan Gembiranya Hati Seorang Ayah…” - Fizi Ali Syukur Dapat Jumpa Anak Lepas Dua Bulan, Siap Bawa Jalan-Jalan

gempak
05/03/2024
03:55 MYT
Alhamdulillah.
Hiburan

Shakilla Khoriri Sedih Anak Mula Tinggi Suara - “Akhirnya Jatuh Juga Air Mata Umi…”

gempak
01/03/2024
01:55 MYT
Hati ibu memang sensitif.
Viral

Hantaran Bekas Isteri Suami Shakilla Khoriri Kembali Tular Di TikTok, Netizen Buat Spekulasi - “Ini Punca Mereka Bercerai Ke?”

gempak
27/02/2024
03:55 MYT
Tak baik buat spekulasi...