Pelakon yang mula popular dari filem Mukhsin satu ketika dulu, Sharifah Aryana selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 7 April lalu.

Aryana memaklum dia terpaksa melalui proses pembedahan secara kecemasan untuk melahirkan bayi lelaki seberat 3.2 kilogram (kg).

"He’s here. 7th April 2023. 3.2kgs emergency c-section.

"Alhamdulilah semuanya berada dalam keadaan baik saya hanya mahu sedikit masa untuk pulih.

"Terima kasih semua untuk semua doa dan bantuan. Saya bersyukur kerana diberi sistem sokongan yang cukup," katanya.

Adik kepada Sharifah Amani itu berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran yang sama berkenaan dia sempat berkongsi foto terkininya di hospital bersama putera.

Aryana mendirikan rumah tangga dengan Jad Hanif Jimmy pada 15 Januari 2021.

https://cms.gempak.com/Admin/cmsadministration.aspx#