Laman Utama

Sharifah Sakinah Nekad Pindah Ke Luar Negara, Apa Cerita Pula Ni?

gempak
Asraf Aided
18/03/2021
09:38 MYT
Sponsor Banner
Sharifah Sakinah Nekad Pindah Ke Luar Negara, Apa Cerita Pula Ni?
Pelakon popular, Sharifah Sakinah tampil berkongsi mengenai penyakit Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) yang dialaminya.
Sakinah berkongsi perkara itu dalam program Hard To Heart kendalian Datuk Aznil Nawawi yang akan memulakan tayangan malam ini.
Menurut Sakinah, bekas suaminya pernah membawa dia berjumpa pakar sakit mental untuk mendapatkan nasihat dan perubatan yang sepatutnya.
"Saya berjumpa pakar sakit mental dalam dua tahun lepas, dan doktor mengesahkan saya menghidap ADHD.
"Ketika itu, bekas suami saya yang mula-mula nak bawa saya berjumpa pakar sakit mental, setelah itu, saya lega dan sedar yang sebenarnya saya tidak normal," katanya.
Dalam pada itu, pada episod ini Sakinah memberitahu dia nekad untuk berpindah ke luar negara dan meneruskan rawatan di luar negara.
Untuk apa dan bagaimana reaksinya apabila terpaksa meninggalkan anak tunggalnya, jangan lupa saksikan Hard to Heart yang akan merungkai pelbagai rahsia bermula malam ini (18 Mac), Khamis jam 11 malam di saluran Astro Ria dan On Demand.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024