,
Hollywood

Shawn Mendes Jawab Spekulasi Orientasi Se*ks Melalui Lagu

Maliah Surip
25/10/2024
11:55 MYT
Penyanyi Shawn Mendes dipercayai menjawab spekulasi orientasi seks melalui lagu terbaharunya, The Mountain.

BERITA TRENDING: Shawn Mendes Batal Konsert Sebab Sayang Diri Sendiri

Walaupun pernah menjalin hubungan cinta bersama penyanyi Camila Cabello Mendes selama ini sering dikaitkan sebagai lelaki yang meminati kaum sejenis.
Menerusi The Mountain, penyanyi ini seperti menjawab spekulasi dengan lirik berbunyi ‘You can say I’m too young / You can say I’m too old / You can say I like girls or boys (anda boleh kata saya suka lelaki atau wanita).
Lirik tersebut dilihat sebagai penegasan kepada jawapannya selama ini yang mengaku mencintai wanita, bukan kaum sejenisnya.
“Saya sangat kecewa dengan segelintir orang yang mengaku rapat tapi sebenarnya mereka gay.
“Saya tiada masalah dengan seseorang yang memilih menjadi gay.
“Tapi bukan saya. Saya bukan gay dan saya tidak tahu bagaimana untuk memberi respons terhadap isu ini,” katanya dalam satu temu bual pada tahun 2020 silam.

BERITA TRENDING: "Siapa Saya Nak Hubungi Kalau Kena Panic Attack?" - 4 Bulan Pisah Dengan Camilla Cabello, Shawn Mendez Baru Terasa Lonely

Mendes, 26, mendedahkan sudah digelar gay sejak usia 15 tahun dan ia sangat memberi kesan terhadap dirinya.
“Saya bukan gay dan saya tak tahu apa maksudnya?
“Adakah kerana suara saya yang menyebabkan saya digelar sedemikian?
“Atau cara saya duduk yang suka menyilangkan kaki seperti gaya seorang wanita? Saya terseksa dengan gelaran yang diberi,” luahnya lagi.

BERITA TRENDING: Jodoh Tak Panjang, Hubungan Cinta Shawn Mendes & Camila Cabello Putus Di Tengah Jalan

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Kim Soo-mi Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung!

gempak
25/10/2024
11:58 MYT
Pelakon veteran, Kim Soo-mi dilaporkan meninggal dunia pada usia 75 tahun akibat serangan jantung, awal pagi tadi.
Viral

Ribut Di Puncak Alam, 6 Kenderaan Dihempap Papan Tanda!

gempak
25/10/2024
11:34 MYT
Angin kencang menyebabkan papan tanda di sebuah pasar raya di Pusat Perniagaan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam roboh dan menghempap enam buah kenderaan.
Sukan

Mikayla, Maleeq Dragster Menang Besar Di M8 Malaysia Pushbike GP Series 2024, Siap Sedia Ke Jepun!

gempak
25/10/2024
11:20 MYT
Pasukan M8 Pushbike sekali lagi membuktikan keunggulan mereka dengan menakluk M8 Malaysia Pushbike GP Series 2024, memenangi tujuh daripada sembilan kategori yang dipertandingkan.
Hiburan

Public Health Malaysia Dakwa Lirik Lagu APT Ada Unsur Lucah, Netizen Pula Komen: “Lagu Ni Buat Chill Je”

gempak
25/10/2024
09:50 MYT
Public Health Malaysia (PHM) mendakwa lagu popular APT nyanyian Rose dan Bruno Mars mempunyai lirik yang tidak baik untuk kanak-kanak terutamanya.
Viral

Pelajar Malaysia Bunuh Bayi & Sumbat Dalam Kotak Bijirin Didakwa Di UK

gempak
25/10/2024
08:42 MYT
Seorang pelajar Malaysia disabitkan di mahkamah jenayah di Warwick, Britain atas kesalahan membunuh bayinya yang baru lahir pada Mac lalu.
Dun Dukun