Penyanyi Shila Amzah mengumumkan yang dia kini berbadan dua. Perkhabaran itu dikongsikan menerusi video yang dimuat naik oleh suaminya, Ubai di Instagram.

"Ada sebab kami baru beritahu sekarang. Kami nak kehamilan ini smooth. Doakan kandungan saya selamat dan dipermudahkan segala-galanya... sepanjang kehamilan ini," katanya.

A post shared by Ubaidillah Zulkefli (@ubaimz)


Shila mendirikan rumah tangga bersama Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli pada 5 Ogos tahun lalu.

Sebelum ini, Shila bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun mendirikan rumah tangga,

Hasil perkahwinan bersama Haris, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.