Hiburan

Shuib Dah Bukan Lagi Penyampai Radio, Mahu Fokus Bisnes!

Amri Hassan
04/12/2023
05:36 MYT
Selepas lebih setahun menjadi penyampai di segmen Morning Morning Suria, kini kerjasama Suria FM bersama Shuib telah berakhir berkuat kuasa pada 4 Disember 2023 (Isnin) hari ini.

BERITA TRENDING: "Kalau Tak Dicuit Saya Mungkin Tak Sedar" - Isu KWSP Pekerja Dah Selesai, Shuib Tak Cadang Ambil...

Perkara itu disahkan oleh Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin.
"Kerjasama yang telah terjalin selama hampir 2 tahun ini merupakan satu langkah strategik bagi Suria FM dalam rangka perancangan bagi tahun 2023 lalu melibatkan kolaborasi khas dengan Shuib untuk beberapa tempoh sahaja disamping beliau ingin menumpukan sepenuhnya kepada perniagaannya yang semakin berkembang.
"Komitmen Shuib bersama Suria FM bukan sahaja menjadi sebahagian daripada perancangan tahunan stesen radio, tetapi juga menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat kami.
"Mewakili keluarga Suria FM, kami berterima kasih diatas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawakan oleh Shuib kepada stesen radio kami. Diharapkan beliau terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya," ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: Genap 2 Tahun Siti Sarah Meninggal Dunia, Shuib: “Sarah Tak Ada Dia Sudah Pergi, Tapi Macam Ada...

Walau bagaimanapun, Suria FM turut berharap untuk terus menjalin kerjasama dengan Shuib dalam pelbagai inisiatif pada masa mendatang. Persoalan mengenai siapa pengganti Shuib masih terlalu awal untuk diputuskan, tetapi pihak Suria FM akan memaklumkan kepada umum mengenainya sebaik keputusan rasmi dicapai.
Untuk rekod, Shuib mula berkhidmat sebagai penyampai di Suria FM pada 29 Ogos 2022.

BERITA TRENDING: “Secara Peribadi Saya Nak Satukan Semula Tapi…” - Mamat Sepah Rindu Nak Duduk Semeja Dengan Jep...

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Hiburan

Sembang Main Judi Di Podcast, Shuib Mohon Maaf - "Memang Tak Manis Buka Aib Sendiri"

gempak
24/07/2024
12:25 MYT
Pelawak popular, Shuib mengaku khilaf dan memohon maaf atas ketelanjuran berkongsi kisah silamnya yang pernah terbabit dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan.
Hiburan

Ketagih Main Permainan ‘Mesin’, Shuib Pernah Kerugian Puluhan Ribu & Dikepung Gangster - “Bila Aku Berhenti, Duit Bukan Kata Boleh Simpan, Malah Makin…”

gempak
23/07/2024
01:55 MYT
Pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan dia pernah berhabis duit hanya untuk bermain permainan judi ketika waktu mudanya satu ketika dahulu.
Hiburan

Watie Hanifiah Mengaku 6 Kali Bedah Hidung - "Dulu Pergi Sekolah Kena Ejek Fati Bawang"

gempak
20/07/2024
06:55 MYT
Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mengaku pernah melakukan prosedur pembedahan hidung sebanyak enam kali.
Hiburan

Hilang Arah Selepas Ditamatkan Perkhidmatan Di Stesen Radio, Fizie Pernah Terfikir Nak Akhiri Nyawa Sendiri - “Aku Hampir Terjun, Nasib Baik Allah Hantar…”

gempak
19/07/2024
00:55 MYT
Penyampai radio Fizie tidak menyangka segala pengorbanan dan komitmen yang diberikan sepenuhnya kepada kerja selama 10 tahun tidak dihargai apabila dia diberhentikan serta merta di sebuah stesen radio pada Julai 2021.