Sempena menyambut Ramadan bersama, pelawak Shuib berpeluang meluangkan masa dengan isterinya, Watie Hanifiah dan seluruh keluarganya.

BERITA TRENDING: Isu Mateen Buat Aksi Tak Senonoh Sampai Shuib Dikritik Netizen, Ini Respons Watie Hanifiah

Shuib atau pemilik nama penuh, Shahmira Muhamad, 38, berkongsi, rutinnya dahulu adalah berkunjung di bazar bersama arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

“Pengalaman yang luar biasa, seronok. Seperti hari pertama ini kami berbuka beramai-ramai di rumah abah (bapa Sarah). Dan mama saya juga datang dari Johor bawa Ayash.

“Alhamdulillah berbuka yang sedap, makanan yang sedap dan merapatkan lagi silaturrahim bersama keluarga. Malah, saya pun berpeluang ke bazar dengan Watie di Puchong. Selalunya ke bazar yang berbeza dengan anak-anak dan arwah Sarah.

"Secara tidak langsung menggamit nostalgia ke bazar bersama -sama dengan Sarah. Bukan apa, saya dan arwah sering ke bazar untuk berjalan-jalan.

“Sempat juga bercerita kembali kepada Watie mengenai pengalaman ketika tinggal berhampiran dan berkunjung ke bazar berkenaan. Memandangkan Talita pun ada sekali, jadi sama-sama berborak dan bercerita,” kata Shuib.

Dalam pada itu, Shuib turut berkongsi sudah berbincang dan mencapai kata sepakat dengan isterinya untuk menyambut hari raya.

“Itulah syukur dengan apa yang Allah bagi. Alhamdulillah… tak lama lagi nak raya. Kita pun sudah berbincang dan meranncang hendak beraya di mana dan sebagainya.

“Menerusi perbincangan bersama, kami mencapai kata sepakat untuk beraya sekali yang mana keluarga saya dan Watie bersama,” kata Shuib.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu.

Ia adalah perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021.