Penyanyi Datin Alyah telah memuat naik sekeping foto bersendirian di akaun Instagram (IG) menerusi sebuah entri terbaru.

Menerusi gambar tersebut, Alyah menulis kata-kata semangat untuk dirinya sebagai kapsyen.

I was born in the thunderstorm I grew up over night I play alone i played on my own I survived....Queen ALYAH coming soon Black swan edition

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on


Namun, tiada angin tiada ribut, terdapat seorang netizen yang meninggalkan komen kesat dengan mengaitkan suami Alyah, pengarah muzik Datuk Ramli MS.

"Tanpa suami di sisi tak guna wahai @alyah81. Sia-sia je tua tak boleh buat anak. Suami pulak hampir rebah ke bumi," tulisnya.

Alyah tidak berdiam diri malah terus bertindak membalas komen individu terbabit.

"Kesian kat awak. Kerja jaga rumah tangga orang je. Allah SW tu sebaik-baik perancang. Cuba awak belajar baca Al-Quran dan kisah Nabi Insya-Allah awak akan jadi manusia yang peka dengan hati dan perasaan orang lain.

"Tak takut ke awak tanpa kemaafan hati yang awak sakitkan tu. Mungkin awak dah terbiasa nak cari viral dan popular dengan cara macam ni," tulis Alyah.



Rata-rata pengikut Alyah turut tidak berpuas hati malah berpesan supaya Alyah tidak melayan individu tersebut.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan bernikah dengan Ramli di Indonesia pada 18 Mac 2013.