Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Siap Bersilat Satu Bilik, Pegang Keris ‘Ghaib’, Janna Nick Kongsi Semula Momen Ashraf Muslim Buang Sakanya - “Saya Tak Percaya..”

Umirah Halim
24/08/2024 05:55 MYT
Pelakon, Janna Nick tampil menceritakan semula momen mistik yang dialami dirinya sewaktu ketika dahulu.

Buang saka

Menerusi satu program audio siar (podcast), Sembang Seram, Janna mendedahkan pelakon, Ashraf Muslim pernah membuang saka yang diwarisi keluarganya.

Janna bagaimanapun pada awalnya tidak percaya selepas didakwa ada ‘benda’ yang berdamping dengannya dan menganggap Ashraf Muslim hanya sekadar mahu tunjuk ilmu.

“Saya shoot dengan Ashraf Muslim, dia suka cakap dengan orang sebelah saya, tapi taktahu siapa.

“Perasaan saya sewaktu itu, saya rasa seperti Ashraf nak bohong saya sengaja nak tunjuk dia ada ilmu, saya memang tak percaya.

“Sampai lah waktu akhir time nak shooting dengan dia, dia cakap dekat saya, dia susah nak rehearsal dialog dengan saya sebab setiap kali nak rehearse akan ada ‘benda’ kacau, dia open up dengan saya.

“Dia cakap kena check ‘benda’ itu, lepastu saya cakap check la sebab saya teringin nak tengok watak-watak kena rasuk sebab saya memang tak percaya.

“Lepas habis shooting dia suruh saya pakai telekung, tak sentuh saya pun, pastu dia check dia cakap dekat saya, Janna family awak ada saka, dia tanya nak buang atau tidak.

“Dalam hati saya tak percaya lagi, tanya dia apa beza buang dengan tidak. Lepastu dia jelaskan benda itu hidup dalam darah kita, kalau tak buang kita akan makin rasa sakit, susah nak terima ilmu agama,” kongsinya menerusi podcast tersebut.

Masih tidak mempercayai perkara ghaib tersebut, Janna bagaimanapun pada akhirnya bersetuju saka nya itu dibuang oleh Ashraf Muslim.

ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick Akui Bukan Mudah Nak Dapatkan Anak - "Banyak Supplement Kena Makan, Kena Jaga Kesihatan Mental, Kurangkan Kerja..."

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun Kahwin, Janna Nick & Dini Mandi Bersama Setiap Hari: “Kalau Tidak Sempat Buat..”

ARTIKEL BERKAITAN: Video Usik Ruhainies 'Penyondol' Tular, Janna Nick; "Jauh Di Sudut Hati Mengata Orang Jatuh Ditimpa Tangga, Saya Simpati Dengan Semua Pihak"

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa Yang Berani Sentuh, Saya Tak Kisah Nak Masuk Penjara” - Janna Nick

“Lepastu saya suruh je dia buang sebab saya tak percaya nak tengok dia buang macam mana.

“Masa dia buang tu saya tak rasa apa-apa pun. Cuma Ashraf lawan benda tu macam bersilat satu bilik tu, siap pegang keris, tapi saya tak nampak pun keris tu.

“Jadi bayangkan saya yang tak percaya benda tu, dan bermula dari detik itu lah mulanya sengsaranya hidup aku dalam alam ghaib. Kalau Ashraf tak buang saka saya mungkin saya tak lalui masalah alam ghaib ini,” ujarnya lagi.

Sumber: Youtube

#Hantu #Mistik #Pengalaman #Janna #Saka #Buang #Nick
;