Hiburan

Setahun Kahwin, Janna Nick & Dini Mandi Bersama Setiap Hari: “Kalau Tidak Sempat Buat..”

gempak
Maliah Surip
10/06/2024
17:07 MYT
Sponsor Banner
Setahun Kahwin, Janna Nick & Dini Mandi Bersama Setiap Hari: “Kalau Tidak Sempat Buat..”
Pasangan pelakon Dini Schatzman dan Janna Nick baru meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada tanggal 10 Jun 2024.
Selain menarik perhatian netizen dengan majlis majlis ulang tahun pertama perkahwinan gemilang yang dihadiri kenalan baik mereka, ucapan dan pendedahan yang dibuat Dini mengenai rutin bergelar suami isteri juga menjadi bualan.
Menerusi sebuah video dengan durasi sekitar empat minit yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Dini yang selesa bercakap dalam bahasa Inggeris memberitahu kehidupannya banyak berubah ke arah kebaikan sejak berkahwin dengan Janna.

Pengikat hubungan

Malah keduanya mempunyai rutin harian yang dilakukan sepanjang setahun ini yang menjadi pengikat hubungan sekaligus menjadikan rumah tangga mereka sentiasa ‘manis’ dan harmoni.
“Hidup bersama sebagai suami isteri, kami banyak merakam momen manis dan muat naik dalam media sosial.
“Tetapi ada banyak lagi momen orang tidak nampak kerana kami tidak kongsi.

"Antara rutin kegemaran yang kami tidak kongsi adalah setiap malam apabila kami pulang, tak kiralah, jika salah seorang daripada kami pulang awal, kami akan tunggu untuk mandi bersama.“Selepas mandi kami akan solat dan saya akan sikat rambut isteri sebelum kami tidur. Itu adalah rutin terbaik yang kami lakukan.

“Kalau kami tidak sempat buat rutin itu, rasa hidup kami tidak lengkap," dedah pelakon Bercakap Dengan Jun itu.

BERITA TRENDING: Video Usik Ruhainies 'Penyondol' Tular, Janna Nick; "Jauh Di Sudut Hati Mengata Orang Jatuh Ditimpa Tangga, Saya Simpati Dengan Semua Pihak"

BERITA TRENDING: “Siapa Yang Berani Sentuh, Saya Tak Kisah Nak Masuk Penjara” - Janna Nick

BERITA TRENDING: Janna Nick ‘Kecewa’ Lagi, Ujian Kehamilan Negatif - “Kena Paksa Diri Untuk Terima Belum Rezeki”

BERITA TRENDING: Netizen Setuju Janna Nick & Dini Couple Paling Tak Cringe Di Media Sosial? - “Dah Macam Couple Goblin K-Drama”

Dini, 30, juga memberitahu Janna yang disangka bersikap dominan sebenarnya seorang isteri yang sangat manja.
“Ramai yang fikir Janna nampak dominan dan saya lembut tapi sebenarnya dia sangat manja. You are the baby sayang,” ujar Dini lagi.
Video yang kini mengumpul lebih 37,500 likes tersebut merupakan luahan hati Dini terhadap Janna tanpa diketahui wanita yang dikenali sejak lima tahun lalu itu sempena ulang tahun perkahwinan pertama mereka.
Pada majlis pernikahan tertutup yang diadakan di sebuah resort mewah di Langkawi pada 10 Jun, tahun lalu, Janna menerima mas kahwin sebanyak RM2,703 sebagai simbolik tarikh perkenalan mereka 27 Mac 2019.

BERITA TRENDING: Netizen Suka Tengok Dini Kongsi Pengisian Khutbah Jumaat Dengan Janna - “Suami Yang Baik, Wife Yang Supportive”

BERITA TRENDING: Wajah Semakin Berseri Disangkakan Hamil, Ini Jawapan Janna Nick…

BERITA TRENDING: Dini Schatzmann & Janna Nick Bakal Pindah Ke Rumah Baharu - “Kami Perlu Bekerja Keras Sebab Duit…”

BERITA TRENDING: “Yang Best Bangun Pagi Ada Orang Kemaskan Katil”- Janna Nick Seronok Dibahagiakan Dini Schatzman

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024