Laman Utama

Siap Gunting Rambut, Tarian Singa & Yee Sang? McDonald’s Ceriakan 170 Buah Pusat Jagaan Warga Emas Sempena CNY! Ini Barulah Prosperity!

gempak
Hanafis Haris
16/02/2022
09:22 MYT
Sponsor Banner
Siap Gunting Rambut, Tarian Singa & Yee Sang? McDonald’s Ceriakan 170 Buah Pusat Jagaan Warga Emas Sempena CNY! Ini Barulah Prosperity!
Tidak lengkap rasanya sambutan Tahun Baru Cina jika tidak meraikannya bersama golongan warga emas yang tersayang.

Atas keprihatinan dan rasa tanggungjawab kru McDonald’s Malaysia terhadap golongan ini, mereka telah mengadakan sambutan Tahun Harimau di Rumah Charis dan Sincere Care Home.

Sambutan yang meriah dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) sepenuhnya ini telah diadakan pada 25 dan 27 Januari lepas.

Menurut Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia, YBhg Dato’ Azmir Jaafar, McDonald’s telah menganjurkan lawatan ke rumah orang tua sejak 2017.

Ia adalah sebagai ‘membalas’ sokongan komuniti setempat yang sentiasa menyokong McDonald’s Malaysia ketika susah dan senang.

“Ia merupakan nilai yang tersemat dalam nilai teras syarikat. Seiring dengan kami melangkah ke tahun baharu dengan norma baharu, kami tetap komited untuk menjaga warga emas dalam dalam komuniti di mana tempat kami beroperasi.

“Dengan bertemakan ‘True Meaning of Prosperity’, inisiatif ini mengimbau kenangan indah masa muda mereka dan bersama orang yang mereka sayangi”.

“Walaupun sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilonggarkan, kami tetap berwaspada dan mematuhi SOP COVID-19 sepenuhnya bagi melindungi komuniti warga emas ini ketika lawatan tempoh hari,” katanya.

Untuk makluman, lawatan tersebut adalah sebahagian dari Program Komuniti @ McDonald's dan Ronald McDonald House Charities (RMHC) dalam usaha membawa kegembiraan dan 'Maksud Prosperity Sebenar' atau ‘True Meaning of Prosperity’ di 170 buah rumah orang tua di seluruh negara sepanjang bulan Januari 2022.

Program itu adalah usaha untuk menerapkan nilai-nilai positif yang dilihat selari dengan komitmen syarikat untuk menyalurkan bantuan serta sokongan kepada komuniti.

Sebagai sebahagian daripada DNA McDonald's dan semangat kerjasama, kru restoran juga turut bersama-sama melibatkan diri menyantuni warga emas dengan pelbagai aktiviti menarik.

Bagi menambahkan kegembiraan dan keceriaan warga-warga emas ini, mereka telah dilayan dengan sesi potongan rambut agar terus bersemangat baru untuk Tahun Baru Cina ini.

Selain itu, penghuni di rumah orang tua juga menikmati keseronokan Tahun Baru Cina dengan persembahan Tarian Singa dan Yee Sang!

Usaha berterusan ini merupakan tahun keenam McDonald's Malaysia menyantuni warga emas sempena sambutan Tahun Baharu Cina, sekali gus membuktikan kepercayaan McDonald's terhadap 'Maksud Prosperity Sebenar’ yang mementingkan hubungan dengan orang tersayang.

Dalam pada itu, komitmen McDonald’s untuk memberi impak positif dalam masyarakat turut dipaparkan menerusi program jangkauan komunitinya.

Antara pencapaian utama Program Komuniti @ McDonald’s dan RMHC pada tahun 2021 adalah penajaan sejuta hidangan kepada petugas barisan hadapan sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka untuk memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Selain itu, McDonald’s juga meraikan hari lahir lebih 12,000 kanak-kanak di 400 rumah anak yatim di seluruh negara melalui Program Komuniti dan pengagihan tiga juta kopi Americano kepada mereka yang menerima suntikan vaksin, sebagai menyokong usaha vaksinasi Malaysia.

Untuk merasai ‘Maksud Prosperity Sebenar’ bersama McDonald's, peminat boleh menonton video Tahun Baru Cina 2022 McDonald's di bawah.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live