Intrend jazz 1

BUAT Wanita golongan berbadan besar seringkali dipinggirkan terutama daripada segi pemilihan busana. Namun adanya portal atas talian Jazz & Co mampu menghentikan tanggapan ini.

Jazz & Co telah melancarkan koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir. Hadir dengan penampilan lebih segar, koleksi ini membuktikan komuniti berbadan besar sama seperti orang lain dan mampu bergaya pada musim perayaan ini.

Koleksi ini dilancarkan bersama Dina Nadzir, yang juga merupakan duta Jazz & Co yang baru sahaja dilantik. Ini adalah kolaborasi pertama Dina dengan Jazz & Co bagi mempromosikan nilai positif serta keyakinan diri.

Intrend jazz 2

"Sebagai duta, saya berpeluang mendekati wanita yang turut berhadapan masalah rendah diri dan kurang keyakinan diri disebabkan masalah berat badan.

Walaupun setiap individu disaran berusaha untuk kekal sihat, namun keyakinan serta kepercayaan kepada diri adalah kunci kejayaan paling utama," kata Dina.

Tambah Dina lagi, kebanyakan wanita berbadan besar bimbang ketika mendapatkan busana kegemaran mereka disebabkan tiada ukuran.

Namun menerusi platform seperti Jazz & Co, semua kebimbangan ini dapat diatasi apabila mereka boleh mendapatkan pakaian kegemaran pada bila-bila masa.

“Koleksi raya kali ini pastinya akan lebih diingati disebabkan konsepnya yang boleh digayakan ke pejabat atau beraya di rumah," katanya.

intrend jazz 3

Koleksi baju raya Dina menampilkan motif bergaya corak bunga serta bentuk geometri bagi memberikan pelbagai pilihan kepada penggemarnya. Ia tampil dengan palet rona gelap bagi menampakkan imej sofistikated terutamanya bagi wanita moden yang mementingkan gaya.

Warna terang pula membangkitkan gaya segar dan terkini kepada si pemakai. Pastinya koleksi ini bakal menjadi ikutan pada lebaran kali ini.

Selain itu, rekaan serta perincian pada busana membolehkan ia untuk digayakan bukan sahaja ketika musim perayaan tetapi juga ke pejabat dan untuk aktiviti kasual.

intrend jazz 4

Selain Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir, Jazz & Co turut menyediakan pakaian kasual dan ke pejabat pada harga yang sangat berpatutan.

Di samping membeli pakaian berkualiti dengan potongan busana yang cantik, pembeli Jazz & Co boleh membuat pilihan ukuran saiz mereka sama ada 12 hingga 22 untuk wanita dan L sehingga 5XL untuk lelaki.

intrend jazz 5

Bermula 9 Mei sehingga 30 Jun 2019, pelanggan boleh mendapat potongan harga sehingga 30 peratus apabila mereka memasukkan kod promo JAZZRAYA2019.

Diskaun ini hanya boleh diperoleh sekali untuk satu akaun pembeli, selagi stok masih ada. Di samping itu, penghantaran dalam Malaysia adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jazz & Co, sila layari Instagram dan Facebook @jazzncofashion, atau terokai www.jazznco.com untuk melihat pelbagai saiz koleksi dan pakaian lain yang menarik.

intrend jazz 6

intrend jazz 7