“Sibuk Jaga Po** Orang” - Ayda Jebat Tempelak Perangai Biadab Netizen, Tergamak Persoal Alat Sulit…
Penyanyi Ayda Jebat menempelak tindakan biadab seorang netizen yang meninggalkan komen berbaur lucah dan keterlaluan mengenai dirinya dan suami, Nabil Mahir.
Menerusi komen berkenaan, netizen tersebut seakan mengkritik dan menghina bentuk fizikal pelantun lagu Pencuri Hati itu.
“Biasalah kalau kembang sangat mana laki nak. Padahal laki punya pun taklah besar mana,” tulis netizen itu.
Berang dengan komen berkenaan, Ayda kemudian membalas kenyataan tersebut.
“Nauzubillah makcik usha Nabil punya ke. Sampai macam tu komen dia.
“Maksud makcik yang beranak normal akan kembang ke, sibuk betul pasal po** orang, jaga po** dan suami punya sendiri je makcik,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram Story.
Terdahulu, Ayda mendedahkan dirinya bakal melahirkan anak sulung secara pembedahan.
Susulan itu, Ayda kemudian terus menerima kritikan hebat netizen yang mempersoalkan tindakannya.
Sekadar info, Ayda dijangka bersalin pada 8 Oktober depan, namun kerana memilih untuk menjalani pembedahan, dia akan bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.
BACA : “Alhamdulillah, Baby Belum Lahir Tapi Sudah Ada ‘Endorsement’…” – Rezeki ‘Baby Girl’ Ayda Jebat & Nabil Mahir