Hiburan

"Sifat Najis Tidak Akan Hilang Kerana..." - Status Halal Set Pinggan 'Bone China' Diragui? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Hanafis Haris
14/05/2020
08:00 MYT
Baru-baru ini viral mengenai set pinggan mangkuk yang hadir dalam rekaan dan warna yang serba moden.
Namun, set tersebut kemudian telah mencetuskan tanda tanya apabila ada yang mendakwa ia diperbuat daripada ‘bone china’.
Untuk makluman, 'bone china' adalah produk porselin yang mengandungi abu tulang, kaolin, dan Cornish Stone.
Walaupun tidak menyatakan set pinggan mangkuk tersebut mengandungi bahan tidak halal, namun ia telah mencetuskan rasa ragu-ragu orang ramai terhadap status tulang haiwan yang digunakan.
Bagi menjawab persoalan berkenaan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebenarnya telah pun menjelaskan isu ini secara terperinci pada 2012.
Malah penjelasan itu telah dibuat menerusi satu posting di Facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
"Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China).
"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 yang bersidang pada 4-6 Mei 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Penggunaan Peralatan Dan Perhiasan Berasaskan Abu Tulang Haiwan (Bone China).
"Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
"Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan mazhab Shafie, sifat kenajisan babi masih kekal dalam produk bone china dan sifat najis tersebut tidak akan hilang kerana proses istihalah dianggap tidak berlaku.
"Muzakarah juga berpandangan bahawa sekiranya penggunaan produk bone china yang berasaskan abu tulang haiwan yang tidak halal mengikut Syarak ini diharuskan, maka ia akan membuka ruang kepada penggunaan produk-produk bersumberkan haiwan yang tidak halal mengikut syarak berleluasa.
"Muzakarah juga berpandangan bahawa peralatan atau perhiasan bone china tidak mencapai tahap keperluan (darurah) kepada masyarakat untuk memiliki dan menggunakannya," kata pengendali akaun tersebut.
Tambah mereka, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa penggunaan bahan peralatan atau perhiasan yang dihasilkan daripada abu tulang haiwan (bone china) yang tidak halal mengikut syarak, termasuk haiwan yang halal dimakan tetapi tidak disembelih mengikut hukum syarak adalah tidak diharuskan (Najis & Haram).
"Walaubagaimanapun, penggunaan peralatan dan perhiasan berasaskan abu tulang haiwan (bone china) yang halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak adalah diharuskan," katanya.
Anda boleh lihat posting penuh di bawah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Brahim’s Food Services Kekal Cemerlang, Peneraju Utama Penyedia Makanan Halal Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia

gempak
30/06/2024
18:30 MYT
Brahim’s Food Services Sdn Bhd (BFS) berjaya membuktikan kecemerlangan dalam penyediaan makanan halal dalam syarikat penerbangan terbaik dunia.
Berita

Larangan Penggunaan Straw Plastik Bermula 1 Ogos!

gempak
25/06/2024
11:49 MYT
Semua premis kedai makanan dan minuman termasuk gerai serta penjaja dalam kawasan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dilarang menggunakan penyedut minuman plastik untuk pelanggan, berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Viral

‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

gempak
24/06/2024
13:55 MYT
“Hanya dua atau hingga empat peratus sahaja dibenarkan syarak," kata Ustaz Azhar Idrus berkaitan hukum pengambilan komisen ke atas kutipan derma.
Viral

Haram Memiliki ‘Sex Toys’ Di Malaysia, Wanita Ini Didenda Gara-Gara Simpan 102 Alat Permainan Seks!

gempak
13/06/2024
14:55 MYT
Sejak kebelakangan ini, isu alat permainan seks atau sex toys kerap menjadi bahan bualan netizen.
Hiburan

Lepas Buka Tudung, Bekas Isteri Sule Kembali Jadi DJ: “Cari Wang Halal & Berkat”

gempak
28/05/2024
11:50 MYT
Nathalie Holscher mengaku dia kini meneruskan semula kerjaya lamanya sebagai DJ sebelum berkahwin dengan pelawak Sule selepas bergelar janda demi kelangsungan hidup.