Pelakon Sharnaaz Ahmad menemplak tindakan personaliti media sosial Aisar Khaled apabila menyiarkan video menziarahi pusara penyanyi Siti Sarah yang dipercayai tidak sensitif.

Menerusi satu posting di Instagram Story, Sharnaaz seakan memberi amaran terhadap Aisar atas perbuatannya itu.

“Mungkin dunia ini belum berlaku adil lagi pada anda.

“Jika hari itu sampai, jangan ditanya apa kesalahan anda,” katanya.

Tambahnya, dia juga meminta supaya Aisar menyimpan rakaman video tersebut sebagai rujukan.

“Simpan footage di YouTube sebagai rujukan, sebab itulah penyumbang kepada karma hadapan anda.

“Sementara itu, enjoy la kehidupan anda selagi boleh, buddy,” katanya.

Sekadar info, gara-gara memuat naik video berkenaan, Aisar telah dikecam oleh kebanyakan wargamaya kerana menganggap ia terlalu sensitif.

Menerusi perkongsian video berdurasi 10 minit itu, Aisar yang menziarahi hanya di luar pintu pagar tanah perkuburan dan melakukan ulasan mengenai pemergian Siti Sarah di dalam kereta.

Malah, di pertengahan video, dia turut dikatakan melakukan peraduan dengan memberikan hadiah wang tunai berjumlah RM100 kepada pemenang.

Malah, dia yang dilihat memakai kurta dan dipadankan dengan seluar hitam ketat turut dihentam kerana dikatakan tidak menghormati kawasan tanah perkuburan.

Tidak hanya itu, wargamaya juga menyeru orang ramai untuk melaporkan video tersebut kepada pihak YouTube untuk diambil tindakan.

BACA: Buat Video Ziarah Kubur Siti Sarah, Aisar Khaled Dikecam Netizen Lagi - “Tak Penat Ke Bodohkan Diri Sendiri..”