Gaya Hidup
Singapura Dinobatkan Bandar Street Food Terbaik Dunia, Netizen Malaysia ‘Mengamuk’!
Negara jiran Singapura telah dinobatkan sebagai bandar makanan jalanan ataupun street food terbaik di dunia.
Pengiktirafan yang diberikan oleh CEOWorld Magazine itu turut meletakkan Thailand di tempat kedua dan Hong Kong berada di kedudukan ketiga.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @toshrock telah berkongsi berita itu menerusi satu kicauan.
“Seluruh Asia Tenggara akan marah bila tahu tentang pengumuman ini dalam kiraan tiga... dua...” tulisnya sebagai keterangan kepada foto berita yang dimuat naik.
Singapura menyenaraikan nasi ayam, roti paratha, roti bakar kaya dan laksa sebagai makanan ikonik negara itu.
Tambah malang apabila negara Malaysia tidak berada dalam senarai Top 20 destinasi street food terbaik dunia.
Hasil tinjuan Gempak di laman Twitter, rata-rata netizen terutamanya dari Malaysia tidak berpuas hati dan berkongsi reaksi yang bercampur-baur tentang pengiktirafan tersebut.
“Huh, sejak bila Singapore ada street food?” tanya seorang netizen.
“Apa yang lebih hina daripada Malaysia tidak tersenarai dalam list adalah Sydney berada di tangga ke-10. SYDNEY!” komen seorang netizen.
“Biarkan mereka dapat nama dan kredit. Biar tempat mereka dipenuhi dengan pelancong luar. Kita boleh simpan makanan enak yang ada di Malaysia untuk rakyat sendiri,” jelas seorang netizen.
“Dear @ceoworld, pernah dengar nama Malaysia tak? Kami ada street food yang lebih baik berbanding Singapura,” komen seorang netizen.
“Aku rasa penulis artikel ni tak pernah sampai Malaysia. Hold my cendol!” usik seorang netizen lagi.
Selain negara di benua Asia Tenggara, antara destinasi lain yang tersenarai di dalam top 20 adalah Mumbai, Dubai, Los Angeles, Istanbul dan banyak lagi.
Must-Watch Video