Pasangan popular Fattah Amin dan Nur Fazura menghadiahkan single terbaru, Sinar Selawat kepada puteri sulung mereka, Nur Fatima Aisya.
Setiap ibu dan bapa mempunyai cara tersendiri untuk menterjemahkan
perasaan terindah selepas dikurniakan anak, begitu juga dengan Fattah dan Fazura.
Fattah yang terlebih dahulu muncul dengan single kerohanian, Kiriman Agung, berkata, Sinar Selawat merupakan simbolik penghargaan dan tanda kesyukuran selepas bergelar bapa.
Katanya lagi, Sinar Selawat menterjemahkan kebahagiaan yang menghuni sudut hatinya selepas bergelar bapa kepada seorang puteri yang comel.
"Sinar Selawat menterjemahkan suara hati dan perasaan bersyukur saya apabila dikurniakan Allah SWT dengan anugerah terindah dalam hidup iaitu zuriat.
"Seperti pasangan lain, saya dan isteri juga mendambakan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan rumah tangga kami berdua.
“Alhamdulillah, penantian dan doa kami selama ini terjawab dengan kehadiran Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober lalu.
"Momen itu terlalu bermakna dan ia menjadi kenangan paling manis buat saya serta isteri. Kemanisan itu lebih dirasai apabila kehadiran permata hati saya itu itu turut diraikan dengan iringan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW," katanya.
Karya yang menyimpan makna tersendiri itu direalisasikan menerusi kerjasama kedua dengan komposer terkenal, Hafiz Hamidun serta penulis lirik prolifik, Ahmad Fedtri Yahya.
Fattah mengakui, projek istimewa kedua sempena kelahiran anak sulungnya itu begitu dekat dengan hatinya.
Sepanjang proses rakaman berlangsung, hatinya begitu tersentuh dengan bait indah lirik yang digarap kemas Ahmad Fedtri.
"Sebagai penulis lirik berpengalaman, Ahmad Fedtri begitu memahami, malah berjaya menyelami segala yang terpendam dan terbuku di sudut hati saya ketika menempuh perjalanan untuk menjadi seorang bapa.
"Dia juga berjaya menterjemahkan perasaan bertuah dan terharu saya apabila diberikan Allah SWT peluang berharga untuk menikmati setiap momen istimewa yang mengubah seluruh kehidupan saya sejak kelahiran Nur Fatima Aisya.
"Setiap bait menyimpan makna yang tersendiri dan ia menjadi lebih indah apabila diselitkan dengan puji-pujian terhadap Allah SWT serta selawat sebagai simbolik kesyukuran saya meraikan kehadiran zuriat pertama dalam hidup," katanya.
Diterbitkan Universal Music Malaysia, Sinar Selawat telah dilancarkan di semua platform digital bermula 11 Disember lalu, serentak dengan video muziknya.
By the way gais, jangan lupa untuk sama-sama mengundi artis kesayangan korang yang tercalon dalam Gempak Most Wanted di sini.
GEMPAK MOST WANTED: UNDI DI SINI GAIS!!!
Undian akan ditutup pada 28 Disember, jam 6 petang. Jadi tunggu apa lagi? Jom undi!
Fiza Kamarudin
Wed Dec 23 2020


Pelbagai Gaya & Karakter, Ini 5 Momen Epik Selebriti Di Mahkamah
Kadang-kadang lucu juga bila tengok.
![[VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu [VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-inilah-dia-sama-memang-wangi-uwais-terkenang-arwah-ibu-bau-perfume-siti-sarah-pengubat-rindu.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Inilah Dia, Sama... Memang Wangi”- Uwais Terkenang Arwah Ibu, Bau Perfume Siti Sarah Pengubat Rindu
Sebak tengok raut wajah Uwais....

Demi Jual Sayur, Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali
Nenek Akhirnya Berjaya Dapatkan Lesen Setelah Percubaan ke-960 Kali

“Kemain Orang Geli, Sebenarnya Ada Jawapan…”- Nabila Huda Respon Isu Kongsi Makanan Dengan Kucing
Abil komen isu makan semangkuk dengan kucing.

“Saya Sudah Memaafkan, Tetapi Untuk Melupakan…” - Bella Astillah
Bella Astillah baik orangnya

Jadi Mangsa Rogol, Tiz Zaqyah Terkesan Gara-Gara Watak Lara - “Saya Rasa Tidak Sabar Nak Tukar Baju…”
Berat juga watak Tiz dalam Liar.

Isteri Afiq Muiz Fail Fasakh, Dakwa Tak Beri Nafkah Punca Utama Nak Bercerai - “Mengenai Bukti, Saya Rasa Semua Orang…”
Semoga ada jalan penyelesaian.

“Kalau Betul Aurora Trauma Dengan Saya, Kenapa…”- Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle
Farid Kamil Buntu Dengan Tuduhan Diana Danielle

Lebih Bersinar Di Pagi Raya, Amalkan Produk Penjagaan Wajah Jepun Hada Labo
Cantik di pagi raya dengan produk Hada Labo.

Ramai Wanita Islam Mengubah Bentuk Muka Dengan Suntikan ‘Filler’ & ‘V Shape’, Ini Respon Ustazah Asma - “Hukumnya Adalah…”
Janganlah ubah bentuk muka...