Laman Utama
Siri Animasi Yang Ditunggu-tungu, Star Wars: Visions Di Saluran Disney+! Memang Mantap Gais!
Peminat-peminat Star Wars pasti ada yang sudah menonton siri animasi antologi Star Wars: Visions yang sudah mula ditayangkan di Disney+ sejak 21 September lalu.
Sudah tentu ramai yang teruja apabila melihat nama-nama besar seperti Temuera Morrison, Neil Patrick Harris, Simu Liu, Joseph Gordon-Levitt, Alison Brie, Henry Golding, George Takei, David Harbour dan Lucy Liu serta beberapa nama hebat lain yang suara mereka digunakan untuk watak-watak di dalam siri animasi ini.
Menariknya lagi Star Wars: Visions yang dihasilkan Lucasfilms ini turut bekerjasama dengan tujuh studio animasi Jepun yang terkenal antaranya I.G Production, Studio Trigger, Geno Studio dan Science SARU.
Malah George Lucas juga adalah inspirasi dalam industri hiburan Jepun sejak trilogi asal francais Star Wars diterbitkan.
Walaupun tidak banyak watak yang dikenali menerusi Star Wars: Visions ini, tetapi ia tetap membawa tema yang sama.
Contohnya, apabila anda menonton dan sebagai peminat Star Wars anda pasti akan sedar mengenai tema-tema popular yang diselitkan dalam setiap babak.
Ada juga inspirasi daripada watak-watak kegemaran ramai, tetapi diberikan kelainan dan nafas baru.
Star Wars: Visions merupakan siri sembilan episod yang berdurasi 2 jam setengah, setiap episod hanya berdurasi 30 minit dan percayalah anda tidak akan bosan menontonnya!
Jalan cerita yang kemas dengan babak-babak mendebarkan, membuatkan anda semua tidak sabar untuk menonton episod seterusnya. 2 jam 30 minit yang berbaloi!
Setiap episod ada kisah tersendiri, memaparkan kehidupan di galaksi Star Wars dan boleh ditonton dalam bahasa Jepun atau versi bahasa Inggeris.
Star Wars: Visions juga mengangkat tema anti-perang dan alam sekitar, seperti yang dipaparkan dalam siri TV Star Wars dan novelnya.
Sementara itu, penerbit Star Wars: Visions Kanako Shirasaki berkata, sungguhpun pembikinan dilakukan semasa pandemik Covid-19, namun kerjasama semua membuatkan siri animasi ini berjaya diterbitkan.
“Ya, tidak mudah untuk bekerja semasa seluruh negara sedang menghadapi pandemik Covid-19 ini. Apatah lagi ia melibatkan dua negara berbeza iaitu Amerika Syarikat dan Jepun.
“Tetapi produksi bekerja keras dan ia adalah ‘teamwork’ dan akhirnya ya, siri animasi ini berjaya dihasilkan!,” katanya ketika sidang media secara virtual Star Wars: Visions baru-baru ini.
Jangan lupa saksikan Star Wars: Visions hari ini di platform Disney Plus Hot Star!
Must-Watch Video