Hiburan

Sissy Imann Pergi Blind Date?

Zulaikha Yusof
10/04/2019
09:49 MYT
Suasana banglo yang didiami oleh Sarah Suhairi, Sissy Imann dan Wani Kayrie menjadi kecoh apabila seorang model terkenal, Shikin Gomez datang secara tiba-tiba.
Menerusi episod keempat The House Musim Kelima, Shikin akan mengajar para gadis tersebut tentang cara-cara untuk menjadi seorang model dan sekaligus memberikan cabaran kepada mereka.
Para penonton boleh menyaksikan gelagat dan kerenah mereka untuk menjadi seperti model. Agaknya siapa yang lebih kreatif apabila bergaya di hadapan kamera?
Dalam pada itu, episod keempat The House menampilkan kelainan kepada Sissy apabila dia perlu keluar 'blind date' buat pertama kali tanpa ditemani ayahnya.
Yang lagi menyeronokkan adalah sepanjang 'blind date' tersebut, Sissy perlu mengikut segala arahan yang diberikan oleh Sarah dan Wani.
Selain itu, Sissy turut berkongsi lima perkara yang mungkin ramai tidak tahu tentang beliau. Salah satunya adalah Sissy rupa-rupanya takut dengan haiwan yang melekat di dinding.
Di penghujung episod keempat ini anda akan melihat misi balas dendam di antara mereka bertiga dengan menggunakan pistol air. Memang kecoh serta riuh-rendah episod kali ini dengan gelak tawa mereka bertiga.
Karakter sebenar Sarah, Sissy dan Wani dapat disaksikan dalam musim terbaru program realiti ini dan jangan lupa untuk menyaksikan keletah lucu mereka yang semestinya akan mencuit hati anda.
Kenali Sarah, Sissy dan Wani dengan lebih mendalam dan ikuti perjalanan persahabatan mereka menerusi program realiti ini.
The House Musim Kelima turut diharumkan dengan kehadiran NIVEA sebagai penaja utama.
Apakah yang akan berlaku dalam episod kelima The House Musim Kelima pada minggu hadapan?
Jangan lupa saksikan program The House Musim Kelima yang ditayangkan secara eksklusif menerusi portal digital Gempak iaitu www.thehouse.com.my pada setiap hari Selasa bermula dari 19 Mac 2019.
The House turut disiarkan menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam bermula 27 Mac 2019.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“You More Than Cantik Sayang” - Kamal Adli Back-Up Uqasha Bila Ada Orang Cakap Isterinya Berisi…

gempak
31/05/2022
11:50 MYT
Comel je
The House 5

“Dia Kena Layan Sha Macam Princess Everyday!” - Mampukah Kamal Adli Menyejukkan Hati Uqasha Senrose?

gempak
11/05/2022
09:44 MYT
Gaduh pun comel ke?
the-house

Drama, Lucu Atau Sweet? Ikuti Pengembaraan Bulan Madu Kamal Adli & Uqasha Senrose Dalam The House Musim Terbaharu!

gempak
27/04/2022
13:47 MYT
Sweetnya! Ada drama bergaduh tak?
The House 6

Ezurin Mahu Kahwin Lagi! Banyak Yang Pak Nil Tanya Dalam The House : Ezurin Khyra Bersama Pak Nil Malam Tadi

gempak
31/12/2020
06:53 MYT
Sudah tentunya banyak perkara baru yang anda ketahui daripada temubual eksklusif Ezurin bersama pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi itu.
The House 6

Rindu Mama E? Jangan Lupa Saksikan The House : Ezurin Khyra Bersama Pak Nil Malam Ini!

gempak
30/12/2020
06:50 MYT
Berita baik! Malam ini anda berpeluang menyaksikan temu bual eksklusif Ezurin bersama pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi.