Susulan kontroversi mengenai perkahwinannya, pempengaruh Siti Jamumall menjelaskan dia mengambil keputusan untuk berkahwin dengan suaminya iaitu Aiman Tak Kesah di Thailand pada 1 Jun kerana mahu mempercepat pernikahan mereka.

Menurut Siti atau nama penuhnya, Siti Suriani Wahiddin, 25, berkata proses dokumentasi perkahwinan di negara ini mengambil masa yang lama.

“Ramai orang tak tahu saya sebenarnya perlu terbang ke Dubai selepas batalkan perkahwinan dengan bekas tunang pada 31 Mei lalu.

“Sebagaimana yang orang tahu, urusan dokumentasi untuk berkahwin mengambil masa yang lama di sini.

“Bagaimanapun, saya tidak galakkan orang ramai untuk berkahwin di luar negara seperti apa yang saya lakukan tetapi apa salahnya kahwin di luar Malaysia.

“Namun, saya sudah memberitahu keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya.

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Nikah Di Thailand, Netizen Persoal Apa Kaitan Rugi Duit Dari Perkahwinan 'Tak Jadi'?

BERITA TRENDING: "Ya Itu Betul, Bukan Drama" - Ibu Sahkan Siti Jamumall Kahwini Aiman Tak Kisah

BERITA TRENDING: Batal Kahwin 31 Mei, Siti Jamumall Pilih Nikahi Lelaki Lain Di Thailand!

Rugi RM70,000

Siti menjelaskan perkara itu dalam sesi sidang akhbar tergempar mengenai penjelasan perkahwinan mereka.

Siti bagaimanapun mengakui dia tidak menyimpan apa-apa dendam dan enggan peduli menanggung kos kerugian sebanyak RM70,000 meskipun pernikahan tersebut tidak berlaku.

“Memang benar, saya kerugian hampir RM70,000 yang meliputi kos keseluruhan majlis termasuk tempahan dewan, makan dan sebagainya.

“Saya buat keputusan untuk batalkan walaupun dua hari lagi majlis berlangsung. Keputusan tidak dibuat secara terburu-buru dan saya sudah melakukan solat istikarah.

“Bagi saya siapa kita nak halang takdir, Allah yang tetapkan. Sebelum ini selalu dengar cerita orang lain hadapi dugaan bercinta dengan orang lain tetapi berkahwin bersama orang lain, siapa sangka perkara tersebut terjadi kepada saya,” jelasnya.

Dalam masa sama, pempengaruh yang juga usahawan itu sudah menghantar borang pendaftaran pernikahan Malaysia dan bersedia untuk membayar denda.

Sementara itu, setelah berbincang dengan kedua belah pihak keluarga Aiman atau nama sebenarnya Khairul Aiman Ahmad Kudus, 21, memaklumkan mereka akan mengadakan majlis resepsi bagi meraikan pernikahan mereka.

Terdahulu, Siti dijadualkan bakal bernikah dengan seorang lelaki yang baru dikenalinya pada 31 Mei lalu namun terpaksa dibatalkan saat akhir atas faktor peribadi.

Difahamkan, segala persiapan juga sudah dibuat termasuklah memberikan kad jemputan kepada semua tetamu.

Sekadar info, Siti pernah berkahwin sebelum ini namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga. Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 4, dan Putra Aiman Zafran, 2

BERITA TRENDING: Terima Nafkah RM50 Setahun, Siti Jamumall Nekad Bercerai! - "Tak Nak Terseksa Tanggung Biawak Hidup"