Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana berangkat ke tanah suci semalam bagi menunaikan ibadah Umrah.

Tidak keseorangan Siti Nordiana yang mesra dengan panggilan Nana itu ditemani satu-satunya anaknya, Rayyan Nakhai.

Dikesempatan itu, Nana sempat memohon agar semua mendoakan urusan ibadahnya dipermudahkan.

“Bismillahirrahmanirrahim... Insya-Allah Nana dan Rayyan akan (semalam) berangkat mengerjakan umrah.

“Doakan kami mendapat umrah yg mabrur dan dipermudahkan segalanya ..Ampun maaf jika ada salah & silap dari kami,” katanya.

Nana berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri berkenaan dia memuat naik fotonya yang dilihat berada di lapanagan terbang.

Untuk rekod ini bukan pertama kali Nana mengerajalan Umrah dan kali terakhir pada tahun 2017.

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)