Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mempertahankan rakan seindustrinya iaitu penyanyi Liza Hanim yang menerima kritikan netizen berkaitan dengan fizikalnya.

Siti Nurhaliza menerusi laman sosial meluahkan rasa kesal dengan kelantangan netizen yang jelas menunjukkan keperibadian tidak baik apabila mengkritik fizikal Liza Hanim.

“Tulisan daripada @jab_netizen jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik dan hati yang hitam. Jangan menyentuh soal fizikal, sebab semua orang tidak sempurna.

“Kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya,” tulis Siti Nurhaliza.

Pada perkongsian yang sama, Siti Nurhaliza turut memberi kata-kata semangat kepada salah seorang peserta program All Stars Gegar Vaganza itu.

“My dear sis @lizahanim79, teruskanlah perjuangan kerana setiap pengorbanan / kesungguhan Allah S.W.T janjikan kejayaan! Inilah masanya. Semoga Allah permudahkan segalanya buat mu sis!” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Liza membalas kepada Siti Nurhaliza dengan mengucapkan terima kasih dan berharap semua orang mengambil iktibar daripada isu yang terjadi.

“Allahuakbar terima kasih yang (sayang). Sebak baca komenmu. Semoga semua dapat iktibar dari isu ni dan be kind to one another. Love you,” tulis Liza.

BACA SINI: Dikutuk Hidung Kembang, Kulit Wajah Berlubang, Liza Hanim; "Yer, Akak Sedar... Orang Tak Cantik Tak Boleh Menang Apa-Apa Ker?"

Terdahulu, Liza Hanim tampil memberikan respon terhadap komen seorang pengguna media sosial yang mengutuk fizikalnya.

Jelas Liza, dia bersyukur dengan kurniaan Allah namun pada masa sama mempersoalkan standard kecantikan untuk seseorang individu itu memenangi sebarang pertandingan di Malaysia.

Liza tersenarai antara enam bintang hot seat All Stars Gegar Vaganza bersama Zamani, Ezad Lazim, Suki Low, Nikki Palikat dan Tomok.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein dan diadili oleh Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran setiap Ahad, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga akan ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam mulai 18 September 2023.

ASTRO BAHARU. TAK MACAM DULU. Alami pengalaman Astro Baharu dan strim #AllStarGegarVaganza #GegarVaganza10 tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PRIMARY Astro hanya dari RM59.99. WhatsApp “GET ASTRO” ke 03-9543 3838.