HIBURAN
Siti Saleha Belum Sempat Masak Untuk Joshua Sepanjang Ramadan - "Kami Agak Sibuk Sebab..."
Pelakon, Siti Saleha meluahkan rasa syukur dapat menyambut Ramadan pertama sebagai isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton.
Namun menurut Siti atau nama lengkapnya, Siti Saleha Mohd Baharun, 35, dia dan suami tidak banyak masa bersama semasa bulan Ramadan kerana masing-masing mempunyai jadual kerja yang agak padat.
"Alhamdulillah, seronok dapat kembali bergelar isteri tapi bulan puasa ini kami agak sibuk sebab lepas berkahwin Joshua lancarkan koleksi baju raya, saya sendiri ada beberapa projek yang perlu disiapkan jadi belum ada masa untuk masak untuk suami dan berbuka bersama. Tapi apa-apa pun saya tetap bersyukur," ujarnya.
Pada masa sama, aktres Dia Imamku ini turut memberitahu bahawa suaminya tidak begitu cerewet soal makanan.
Jelasnya, untuk bersahur suaminya hanya makan kurma dan minum air sahaja untuk dia mengalas perut sebelum berpuasa sepanjang hari.
"Saya tak masak untuk sahur sebab kami sangat simple,hanya makan kurma dan minum air sahaja. Sebab bagi dia air itu penting pasal makan dia tak kisah sangat.
"Kami berdua agak sibuk tahun ini, kalau boleh saya nak masak tapi sebab busy jadi tak dapat. Mungkin tahun depan," katanya.
Walaupun sibuk dengan komitmen masing-masing, penerima anugerah Bintang Asia Terbaik di Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024 itu turut berkongsi mereka telah merancang untuk berbulan madu di New Zealand selepas Aidilfitri.
“Bulan puasa ini kami memang sangat sibuk, jadi bulan April nanti barulah ada masa untuk berbulan madu bersama.
“Insya-Allah, kami akan ke New Zealand sebab kami suka aktiviti luar seperti mendaki dan sebagainya,” katanya.
Sekadar info, Siti Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Johsua Fitton pada 15 Februari lalu.
Untuk rekod, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Lutfi Azhar namun bercerai pada 17 Januari 2022 di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.
BERITA BERKAITAN: ia Imamku Tonjol Sisi Lain Siti Saleha, Dah Tahu Bakal Dikecam - “Ada Sebab Kenapa Chempaka Humairah Jadi Biadap & Kurang Ajar”
BERITA BERKAITAN: Siti Saleha Syukur Kembali Bergelar Isteri, Pilih Joshua Fitton Sebab Banyak Persamaan - “Kami Berdarah Kacukan…”
BERITA BERKAITAN: Siti Saleha Sah Bergelar Isteri Joshua Fitton
BERITA BERKAITAN: Siti Saleha Kini Tunang Joshua Fitton
Must-Watch Video