,
Berita

"Situasi COVID-19 Bertambah Buruk Seluruh Dunia" - WHO

Asraf Aided
09/06/2020
13:42 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pandemik COVID-19 masih menjadi satu ancaman besar di seluruh dunia, lapor AWANI.
Ketua Pengarah Dr Tedros Adhanom Gebreyesus memberi amaran itu selepas 136,000 kes dilaporkan di seluruh dunia pada Ahad yang merupakan antara rekod harian peningkatan kes baharu tertinggi.
Menurutnya, ketika ini terdapat trend penurunan jangkitan dan kematian di banyak negara, khususnya di Eropah.
Namun, terdapat trend peningkatan jangkitan dan kematian akibat pandemik itu di bahagian lain di dunia.
Katanya, negara seperti Brazil kini menyaksikan peningkatan kes yang ketara dan dengan lebih 34,000 jumlah kumulatif kematian meletakkan negara itu di kedudukan ketiga tertinggi di dunia di belakang Amerika Syarikat dan Britain.
"Hampir 7 juta kes COVID-19 kini dilaporkan kepada WHO dan hampir 400,000 maut, walaupun keadaan di Eropah bertambah baik, secara global ia semakin buruk.
"Lebih 100,000 kes telah dilaporkan pada sembilan daripada 10 hari terakhir. Semalam, lebih 136,000 kes dilaporkan, yang paling banyak dalam satu hari setakat ini.
"Hampir 75 peratus kes semalam berasal dari 10 negara, kebanyakannya di AS dan Asia Selatan. Sebilangan besar negara di rantau Afrika masih mengalami peningkatan jumlah kes COVID-19, dengan beberapa kes dilaporkan di kawasan geografi baharu," kata Dr Tedros.
Justeru, beliau menasihati semua negara agar tidak alpa serta terus melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang tinggi bagi mengekang penularan virus itu.
Sumber : Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

Mpox Bukan Covid-19 Baharu - WHO

gempak
21/08/2024
12:55 MYT
Penularan mpox atau cacar monyet yang semakin membimbangkan bukanlah satu lagi Covid-19.
Berita

Apakah Mpox Dan Bagaimana Untuk Melindungi Diri?

gempak
20/08/2024
13:55 MYT
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa buat kali kedua pada 14 Ogos lalu.
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.