Pengeluar skuter Taiwan, Kymco baru-baru ini mendedahkan barisan produk 2021 dengan pengenalan model elektrik baharu Kymco F9.

Pengerusi Kymco, Allen Ko menggambarkan F9 sebagai
motosikal elektrik urban yang ‘kool’ dilengkapi dengan motor elektrik 9.4 kW dan direka untuk tunggangan sport.

Dengan
kelajuan maksimum 110km/j Kymco F9 bukan saja skuter elektrik urban, bahkan cukup pantas untuk ditunggang di lebuh raya. Kymco G9 memiliki angka pecutan dari 0 hingga 50km/j dalam tempoh 3 saat.

Kymco F9 menggunakan bateri 96V 40Ah yang jika di isi penuh dapat memberikan jarak perbatuan sehingga
120km. Operasi mengecas memerlukan 2 jam untuk isian penuh bateri.

Selain itu, F9 menggunakan
transmisi automatik dua kelajuan pertama di dunia yang dirancang khusus untuk motor elektrik bagi meningkatkan kecekapan motor dan saluran kuasa.

Kymco F9 juga menggunakan rekaan casis unik yang menggabungkan bateri sebagai bahagian dari struktur rangka. Hasilnya, Kymco F9 memiliki berat yang sangat ringan iaitu
107kg. Selain itu, penggunaan tayar lebar 14 inci menawarkan cengkaman lebih baik ketika mengambil selekoh.