Hiburan
Sky Iskandar Hampir Terlepas Berlakon Dalam Filem ‘Kahar: Kapla High Council’ - “Lepas Dapat Mesej Itu, Terus Immediately…”
Pelakon Sky Iskandar mendedahkan dia sebenarnya hampir kehilangan peluang untuk membintangi filem Kahar: Kapla High Council.
Hampir terlepas
Sky menerusi perkongsian ketika menghadiri sebuah podcast, dia pada mulanya membiarkan sahaja panggilan telefon daripada pengarah filem, Razaisyam Rashid disebabkan tidak mengenali nombor tersebut.
“Pengarah telefon Syafiq Kyle, terus malam itu sampai jumpa. Ini Razaisyam Rashid. Dia telefon Aedy, terus jawab, tengah drive, park tepi terus kat tepi highway.
“Nak jumpa sekarang dan malam itu juga dia terus sampai. Sampai dekat aku, (tengok telefon dan biarkan). Sampai pengarah cakap ‘mamat ini memang ada masalah ke. Tak nak la dia cari orang lain’,” katanya.
Telefon kali kedua
Bagaimanapun, Sky bertuah kerana penerbit meminta Razaisyam untuk mencuba sekali lagi menghubungi selepas dia menghantar mesej.
“Nasib baik ada penerbit, Fatimah… terima kasih kepada dia la. Dia pergi cakap dekat Razaisyam ‘macam apa kata kita cuba sekali lagi. Biar saya mesej dia dan tengok apa jadi’.
“Selepas aku dapat mesej itu, terus immediately aku macam ‘oh okay okay’. Cepat-cepat aku terus setting esok,” ujar Sky.
Scam call
Menurut Sky, tindakan dia membiarkan sahaja panggilan telefon yang pertama itu disebabkan beranggapan ia merupakan ‘scam call’.
“Sebab minggu lalu itu, aku dapat scam call la orang nak tuntut hutang. Jadi, aku nampak ada nombor pelik call, kalau aku tak ada parcel yang akan datang, dan aku rasa macam ‘kenapa nak kena call aku’.
“Kita pula millenials. Orang dulu punya cara nak telefon terus, kita pula macam pula macam banyak halangan pula,” kongsinya lagi.
Saksikan Kahar: Kapla High Council kini di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei, manakala Singapura pada 5 Disember.
Kahar: Kapla High Council dibintangi oleh Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu dan Thompson Goh.
Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council.
ARTIKEL BERKAITAN: REVIU: Manifesto Kahar: Kapla High Council, Sisi Hitam Seorang Protagonis
ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Pun Tak Nak Terus Berlaku Dalam Masyarakat” - Sky Iskandar Harap Mangsa Buli Jangan Pendam, Luah Pada Saluran Yang Betul
Astro Shaw juga mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.
Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.
Bercakap mengenai buli, filem terbaharu arahan Razaisyam Rashid iaitu Kahar: Kapla High Council bakal memberikan pengajaran kepada penonton mengenai impak yang berlaku bila budaya buli dibiarkan berleluasa.
Malah para pelakon Kahar: Kapla High Council juga menolak sekeras-kerasnya gejala buli yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
Skrip filem ini ditulis oleh ‘creator’ Project : High Council, Anwari Ashraf bersama beberapa penulis lain.
Filem ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama GSC, HM Entertainment dan ZAK Capital.
Filem ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Mental Illness Awareness & Support Association (MIASA Malaysia) dan Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) dalam menghebahkan mesej keganasan bukalah jawapannya dan menyebarkan kesedaran tentang kempen anti buli dan keganasan.
Kerjasama ini menyaksikan anjuran beberapa majlis bersama masyarakat serta menghasilkan video pesanan khidmat masyarakat bersama barisan pelakon.
Usaha membawa kempen ‘#StopViolence’, turut memperlihatkan kerjasama dengan Group M untuk papan iklan digital Laguna, Seni jaya, dan AOS bagi memaparkan video kempen anti keganasan. Video tersebut ditayangkan serentak (roadblock) bermula 27 hingga 29 November di sekitar Lembah Klang.
Selain itu, filem ini turut bekerjasama dengan rakan kerjasama pemasaran strategik, Tune Talk.
Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi tawaran, ikuti Tune Talk di media sosial atau layari laman web rasmi Tune Talk di https://www.tunetalk.com/.
Layari portal rasmi filem Kahar : Kapla High Council, www.highcouncil.com.my, yang akan memuat naik info, klip dan gambar eksklusif buat peminat.
Ikuti info dan pengumuman lanjut tentang filem ini menerusi akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak.
Gunakan #KaharKaplaHighCouncil #StopViolence #StopBully untuk berkongsi tentang filem ini di media sosial anda.
Sinopsis:
Kahar: Kapla High Council mengisahkan tentang Kahar, seorang pelajar tingkatan 4 sekolah berasrama penuh Kolej Ungku Deramat (KUDRAT).
Seorang yang pendiam dan kerap menyisihkan diri, dia sering berasa tertekan kerana bapanya, Dato Abu Yamin, meletakkan harapan begitu tinggi terhadapnya.
Keadaan semakin meruncing apabila dengan tidak sengaja, Kahar terjerumus dalam pemilihan ketua tidak rasmi bagi seluruh badan pelajar.
Kemenangan Kahar membuatkan dia leka dengan kedudukannya itu.
Must-Watch Video