gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tiada Lagi Kelibat 'Oyen' Depan Kedai Nasi Ayam Shiha Zikir - "Saya Harap Ada Orang Boleh Jaga Dia Dengan Baik"
VIRAL
Kerap Dipukul Sebulan Nikah, Isteri Penggal Kepala Suami Buang Di Sungai
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Kurang Menyengat! Darling, Scha Nuril, Melinda Dadew & Max Brandon ‘Fall’ Di Minggu Suku Akhir
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Sokongan Peminat Kuatkan Semangat Zarul Terus Bertanding Di GV3

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
22/11/2016
06:35 MYT
Sponsor Banner
Sokongan Peminat Kuatkan Semangat Zarul Terus Bertanding Di GV3
Bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Zarul kini semakin pulih dan kesihatannya beransur baik selepas rebah di belakang pentas dua jam sebelum konsert suku akhir bermula, Ahad lepas.
Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin, 43, ketika dihubungi Astro Gempak memberitahu dia kini berada di dalam pemantauan doktor.
“So far sekarang saya dah recover sikit dan perlu buat follow-up dengan doktor.
“Alhamdulillah, kemungkinan disebabkan ‘angin’ sahaja kerana selepas pemeriksaan X-ray dilakukan semuanya okay.
“Cuma doktor ada nasihatkan saya supaya aturkan semula jadual pemakanan yang betul,” katanya yang terpaksa dikejarkan ke Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) selepas insiden tersebut.
Tambahnya lagi, dia akan lebih berhati-hati dan menjaga pemakanannya selepas ini, walaupun jadual kerjanya padat.
“Sebelum ini saya memang sangat particular tentang penjagaan diri, tetapi sejak kebelakangan ini jadual kerja penuh dan saya terlepas pandang tentang perkara tersebut.
“Makan tidak teratur dan tidur tidak cukup mungkin antara penyebab kesihatan saya terjejas,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zarul juga tidak menolak faktor tekanan pertandingan yang semakin sengit juga menyebabkan kualiti kesihatannya merudum.
“Ya, tidak dinafikan saya tertekan dengan pertandingan ini, kerana saya hanya mahu lakukan yang terbaik untuk semua penyokong saya.
“Apapun saya bersyukur kerana berjaya ke peringkat separuh akhir Ahad ini. Sokongan dan harapan peminat yang menguatkan lagi semangat saya untuk meneruskan pertandingan ini,” katanya.
Ketika diminta mengulas tentang komen Mamat Khalid terhadapnya, Zarul bersetuju bahawa harapan peminat jangan pernah dihampakan.
“Saya berjanji akan membuat persembahan yang terbaik di minggu separuh akhir ini,” katanya yang bakal menyanyikan lagu Salahkah bersama Marsha Milan menerusi pusingan Berdua Lebih Baik dan lagu pilihan media berjudul Hanya Kau Yang Mampu.
Jangan lupa saksikan konsert separuk akhir GV 3 yang bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Ahad ini, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Astro Ria HD (saluran 123).
Konsert minggu separuh akhir bakal menyaksikan bintang GV 3 menyanyikan dua buah lagu secara duet dan solo. Tujuh bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.
Jika anda terlepas menonton konsert mingguan GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.
Teks oleh: Hafiza Kamarudin
Topic Berkaitan
#GegarVaganza
#Zarul
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement