Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

#solidarityforyasinsulaiman, Keluarga Lancar Tabung Bantuan, Biaya Kos Guaman

Mya Amri
28/04/2022 02:54 MYT
Sebuah tabung telah dilancarkan oleh keluarga penyanyi, Yasin Sulaiman bagi mengutip sumbangan ramai bertujuan untuk membiayai kos guamannya.

Berita itu dimaklumkan menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram Yasin sendiri.

Difahamkan juga posting tersebut dibuat keluarga selepas menerima kebenaran daripada Yasin.

“Assalamualaikum, kiriman ini dihantar bagi pihak keluarga Yasin Sulaiman dengan kebenaran Yasin Sulaiman.

“Untuk menampung kos pembelaan bagi tuduhan yang amat berat ini, pihak keluarga Yasin ingin memohon kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan agar dapat membantu Yasin mendapatkan pembelaan yang adil di mahkamah.

“Bagi warga tempatan, anda boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun abang kepada Yasin, Mohamed Zain Sulaiman seperti berikut:

“Bank: RHB BANK. Nama Pemegang Akaun: MOHAMED ZAIN BIN SULAIMAN. Nombor Akaun: 11401360010078. Rujukan: Bantuan Yasin

“Bagi sumbangan luar negara pula, sepupu Yasin di Amerika Syarikat, Aida Maher telah menyediakan akaun gofundme.

“Pautan gofundme adalah http://gofund.me/30df2a21 (pautan di stories dan disimpan di highlights 'fundraising'),” maklum kemas kini tersebut.

A post shared by Yasin Sulaiman (@yasinsulaiman)

Posting itu juga turut disertakan dengan tanda pagar #solidarityforyasinsulaiman.

Dalam pada itu, pihak keluarga Yasin juga mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan diberikan kepada Yasin.

“Pihak keluarga Yasin ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala doa dan sokongan yang diterima daripada ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai, peminat dan masyarakat umum.

“Terima kasih. Hanya Allah sahaja dapat membalas jasa baik kalian,” tulisnyq.

Terdahulu, Yasin kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan iaitu mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya.

BACA: “Kirim Salam Pada YB Syed Saddiq, Minta…” - Yasin Sulaiman Didakwa di Mahkamah Atas Tuduhan Miliki Dadah

BACA: Nama Dipetik Yasin Sulaiman, Syed Saddiq Beri Respon - “Bukan Satu Tugas Mudah Tapi…”

BACA: “Ahli Nasyid Juga Manusia Biasa, Ada Kelemahan Dan Kekurangan” - Raihan Mohon Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada Yasin Sulaiman

BACA: “Yasin Perlu Rawatan Psikiatri Segera” - Peguam

#Yasin Sulaiman #Penjara #Ganja #Guaman #Tabung Bantuan #Pokok Ganja