gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Bagi Saya Kecewa Ini Bukan…” - Karl Shafek Puas Dapat Luah Perasaan Melalui Rekaan Busana
HIBURAN
Soo Wincci Geram, Kecam Tindakan Remaja Hina Gelandangan - “Menjijikkan! Memang Tak Ada Otak”
GAYA HIDUP
Hatta Dolmat Layar Semula Memori 10 Tahun KLFW Menerusi Koleksi ‘Perahu Kertas’
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Soo Wincci Geram, Kecam Tindakan Remaja Hina Gelandangan - “Menjijikkan! Memang Tak Ada Otak”

Mya Amri
Mya Amri
06/08/2025
12:55 MYT
Sponsor Banner
Soo Wincci Geram, Kecam Tindakan Remaja Hina Gelandangan - “Menjijikkan! Memang Tak Ada Otak”
Penyanyi dan pelakon, Dr. Soo Wincci, meluahkan rasa kesal terhadap tindakan tiga remaja yang tular selepas memuat naik video mempersenda gelandangan dengan memberikan makanan berisi nasi dan sisa tulang ayam.

Tidak berperikemanusiaan

Menurut Wincci, perbuatan tersebut boleh dilabelkan sebagai keterlaluan dan tidak berperikemanusiaan.Disebabkan itu juga Wincci turut menyeru agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas supaya kejadian sebegini tidak lagi berulang.
“Bila saya tengok tindakan tiga pempengaruh itu, pada saya mereka melampau dan terfikir kenapa mereka sanggup buat perkara sebegini?

“Saya rasa tindakan mereka itu memang tak ada otak. Saya tahu mereka berlakon dan sudah meminta izin tetapi kali ini baru kena.“Sebelum ini, dah banyak kali mereka buat dan mungkin mereka tak jangka kaum Cina tak akan kecam tetapi sekarang kenalah.“Bagi saya tiga pempengaruh itu melampau. Saya juga ada meninggalkan komen, ‘Ini menjijikkan’ pada video mereka.

“Saya harap SKMM jalankan tugas dengan betul kerana ada undang-undang yang membolehkan mereka disaman sebanyak RM500,000.
Wincci berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama Kerana Seorang Lelaki di GSC bertempat di pusat beli belah Mytown, pada Rabu.

Hati-hati muat naik kandungan

Tambah Wincci lagi, kandungan yang dimuat naik itu juga boleh membabitkan sensitiviti antara kaum, justeru perlu berhati-hati sebelum memuat naik kandungan.

“Saya rasa tindakan mereka itu memang tak ada akal sehinggakan ramai yang kecam. Bukan sahaja pempengaruh berbangsa Cina tetapi semua bangsa mengecam.“Kita sudah ada banyak isu dan kontroversi. Jangan gunakan simpati orang lain demi kandungan tanpa kira kaum dan bangsa.

“Ini isu sensitif jadi saya harap isu ini dapat dijadikan pengajaran buat semua. Saya harap sesiapa sahaja tidak ulangi perkara ini sebab ia akan menjadi ikutan generasi muda,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:"Itu Bukan Content Kebajikan, Itu Menghina!" - Mek Yun Kecam Tindakan 3 YouTuber Bagi Tulang Ayam Kepada Gelandangan

ARTIKEL BERKAITAN:MCMC Siasat Video Beri Sisa Makanan Kepada Gelandangan

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Beri Nasi ‘Tulang Ayam’ Pada Gelandangan, Tiga Remaja Dakwa Hanya Lakukan Eksperimen Sosial - “Kami Mohon Maaf…”

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi kurang seminit yang memaparkan tiga remaja sedang menikmati ayam goreng dari sebuah restoran makanan segera sebelum meletakkan tulang-tulang ke dalam bungkusan nasi dan dipercayai menyerahkannya kepada seorang lelaki gelandangan.
Wajah gelandangan terbabit kelihatan terkejut apabila membuka bungkusan tersebut, namun tetap mengucapkan terima kasih kepada pemberi.
Namun, tidak lama kemudian, tiga remaja itu tampil memohon maaf atas tindakan mereka yang mengundang kecaman netizen.
Topic Berkaitan
#Viral
#Soo Wincci
#Tular
#Hina
#Gelandangan
#Geram
#Pempengaruh
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement