Penerbit dan pengarah Shahrulezad Mohameddin membuat keputusan untuk menangguhkan proses penggambaran drama yang sedang berjalan biarpun sudah mendapat kebenaran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Menurut pengarah yang popular dengan drama Nur itu, proses penggambaran menjadi sukar untuk diteruskan berikutan terdapat beberapa halangan termasuklah prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.
"Ya betul kerajaan beritahu kami jangan panik. Bahkan, Finas pun tak menghalang pihak produksi daripada menjalani penggambaran, tapi SOP yang diperketat dan bersyarat itu sedikit sebanyak menyukarkan pihak abam.
"Larangan penggambaran di kolej, hospital, dan masjid sedikit sebanyak mengganggu kelancaran penggambaran. Kafe pun sekarang susah nak masuk.
"Lokasi yang tinggal pun cuma rumah itupun bergantung kepada pemilik rumah sama ada nak dibenarkan atau tidak. Lokasi pejabat pun sama. Isu yang orang ramai takut ialah kami bekerja dan bergerak secara berkumpulan," katanya menerusi satu entri di Instagram.
Dalam entri tersebut penerbit RadiusOne itu turut berkongsi antara paparan luahan penggiat seni yang perlu patuh dengan SOP yang disifatkan agak sukar direalisasikan apabila membenarkan dua orang dalam satu van kru produksi sahaja.
Pada masa sama, katanya dia juga mengambil inisiatif untuk menghentikan seketika proses penggambaran sehingga selesai tempoh PKPB kerana bimbang kegagalan kru untuk patuh sepenuhnya kepada SOP.
"Sejauh mana pun kami menjaga penjarakan sosial dan SOP lain tetap risiko tu ada apatah lagi kalau melibatkan lokasi di ruang sempit macam malam tadi.
"Pelakon dan kru produksi yang bersesak-sesak dalam satu rumah kecil menimbulkan kerisauan abang. Penjarakan sosial hujung-hujung ke laut dalam.
"Pelitup muka kadang-kadang pakai, terlucut di dagu sebab di ruang kecil sebegitu membuatkan keadaan jadi sedikit susah bernafas. Bayangkan kalau kami terpaksa bertahan dari pagi sehingga malam. Hujung-hujung abam tengok semua dah jenis nekad dah tak berapa peduli pasal SOP sebab dah penat," jelasnya.
Pada masa sama, katanya, dia berharap proses penggambaran yang sudah berlangsung selama dua minggu itu dapat dilakukan semula secepat mungkin.
"Kita tengok seminggu ni macam mana. Harap-harap keadaan akan terkawal dan kami boleh sambung penggambaran.
"Abam cukup takut kalau team Radiusone ni mencipta sejarah menjadi kluster shooting pertama. Nauzubillahminzalik," luahnya yang kini sedang dalam proses penggambaran drama Takdir Yang Tertulis.
Terdahulu, Finas dalam satu kenyataan memaklumkan proses penggambaran boleh dijalankan di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) dengan syarat mengikuti SOP yang ditetapkan.
PKPB kini sedang dilaksanakan di empat lokasi iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya sehingga 27 Oktober, manakala Sabah sehingga 26 Oktober ini.
ZULHILMI JALIL
Thu Oct 15 2020
Jadual Sentiasa Padat, James Jirayu Kongsi Rutin Hariannya Sebagai Pelakon
Aktor dari Thailand, James Jirayu berkongsi rutin hariannya sebagai seorang pelakon.
Penuh Nostalgia & Emosi, Konsert Siti Nordiana Beri Kenangan Terindah Buat Peminat
Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 tahun yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur sememangnya penuh nostalgia buat peminat penyanyi Siti Nordiana yang sudah lama menyokongnya.
Geng Topeng Bagi Ayam Free Adalah Selebriti Muda?? | Motif Trending
Lain macam dorang punya effort nak bagi makanan free dekat masyarakat kita. Pakai topeng siap. Tapi katanya dorang ni selebriti muda yang dikenali? Siapakah?
GMW: Motif Trending
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
#LayanOriJanganCuri
GMW: Motif Trending
Eksklusif di semua platform Astro Gempak
#GMWMotifTrending
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
#LayanOriJanganCuri
THSS: Di Sebalik No. 1, Ayda Jebat Cedera Lepas Persembahan Konsert Minggu Pertama The Hardest Singing Show
Persembahan penyanyi, Ayda Jebat berjaya mengguguli konsert The Hardest Singing Show (THSS) malam tadi apabila meraih markah tertinggi pada minggu pertama.
Begini Cara Untuk Pindahkan Wang Ke Akaun 3 KWSP
KWSP berkongsi sepotong video tutorial yang dapat memberikan gambaran yang lebih jelas menerusi sembilan langkah mudah.
Didakwa Baru Kongsi Tentang Palestin, Dahlia Rizal Rasa Seperti Difitnah
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal menjawab dakwaan warganet yang memfitnahnya tidak bersuara mengenai kezaliman zionis terhadap Palestin.
“Nak Block Just Block, Tapi Tak Payah Sampai Keluarkan Kata-Kata Yang Tidak Baik” - Mira Filzah
Pelakon, Mira Filzah tampil bersuara susulan isu gerakan Blockout 2024 yang dilakukan warganet kepada selebriti dan pempengaruh tempatan yang dipercayai telah mempromosi produk Israel.
THSS: Persembahan Ayda Jebat Over The Top, Suara Aisha Retno Unik, Ini Recap Minggu Pertama THSS
Program The Hardest Singing Show telah memulakan siaran sulungnya malam tadi secara langsung dari CIDB Convention Centre, Kuala Lumpur.
Shakilla Khoriri Syukur Dapat Hak Hadanah Interim - “Aku Percaya Doa & Aturan Allah…”
Pelakon Shakilla Khoriri melahirkan rasa syukur apabila mahkamah pada Isnin memutuskan hak hadanah interim untuk anaknya, Ameena Sofia berpihak kepadanya.
“Umpama Kucing Menolak Ikan” – Didi Astillah Dedah Punca Perceraian Kakaknya & Abang Ipar
Selepas penyanyi dan pelakon sensasi Aliff Aziz muncul memberikan kenyataan menerusi program Melodi baru-baru ini, adik iparnya Didi Astillah tampil membidas kenyataan Aliff.