,
Laman Utama

Soulmate Sejati! Meghan Trainor 'Memerut' Sama-Sama Dengan Suami - "Saya Akan Rindu Kalau Berjauhan"

Amri Hassan
07/10/2021
15:20 MYT
Selepas berkongsi kisah renovasi mangkuk tandas tambahan dalam bilik air kediamannya, penyanyi Hollywood, Meghan Trainor mendapat pelbagai reaksi jelik dari netizen.
Ramai yang rasa geli dengan tabiat membuang air bersama-sama dengan suaminya, Daryl Sabara seperti yang didedahkan pada awal minggu ini.
Bagaimanapun, menerusi ciapan di Twitternya pada Khamis, Trainor, 27, memberitahu dia hanya pernah hanya sekali membuang air besar bersama-sama dengan suaminya.
"Untuk menjelaskan situasi sebenar, kami pernah membuang air besar sekali sahaja bersama-sama dan kami tertawa. Selepas itu tidak ada lagi.
"Cumanya, dia (suami) akan melepak bersama saya ketika saya membuang air besar kerana kami 'soulmates'.
"Saya akan merinduinya apabila berjauhan dengannya. Sudah tentu kami membuang air kecil bersama-sama," kongsinya. Penyanyi lagu All About That Bass itu tampil bersuara selepas mendedahkan proses renovasi tandas di kediaman mereka yang meletakkan dua mangkuk tandas bersebelahan untuk memudahkan mereka membuang air bersama-sama.
Kisah itu dikongsikan Trainor dalam salah satu episod podcast Nicole Byer, Why Won't You Date Me?.
"Kami baru membeli rumah dan melakukan proses pengubahsuaian. Tiada sesiapa pun tahu akan perkara ini, dalam bilik mandi kami hanya ada satu tandas.
"Kebanyakan masa pada waktu malam terutamanya apabila kami bersama dengan anak kami, kami perlu membuang air kecil pada masa sama. Jadi, saya terfikir bolehkah ada dua tandas dalam satu bilik mandi?" ujarnya.
Walaupun kontraktornya tertawa pada mulanya mendengarkan permintaan pelik Trainor, dia akhirnya menurut kehendak penyanyi itu.
Trainor dan Sabara berkahwin pada 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Riley, pada Februari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Foodie Hawker Awards 2024 Iktiraf Penjaja Tempatan! - "Ia Menjadi Anugerah Untuk Rakyat Dari Rakyat"

gempak
15/10/2024
14:18 MYT
Foodie Hawker Awards 2024, sebuah inisiatif pengiktirafan penjaja tempatan yang pertama di Malaysia, bertujuan untuk meraikan budaya makanan jalanan Malaysia yang pelbagai sambil menyokong penjaja tempatan.
Viral

“Kalaulah Aku Yang Makan…” - Individu Kongsi Kronologi Warung Soto Ayam Guna Daging Isteri Yang Diberikan Secara Percuma Kepada Pelanggan

gempak
15/10/2024
04:55 MYT
Tular di aplikasi X apabila seorang individu mendedahkan bahawa sebuah warung yang menjual soto daging lembu sebenarnya adalah daging manusia.
Viral

UIA Perjelas Hukum Isteri Bercinta Dengan Lelaki Lain Ketika Tempoh Iddah

gempak
15/10/2024
03:28 MYT
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil berkongsi penjelasan mengenai hukum seorang isteri yang menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain semasa dalam tempoh iddah.
Hiburan

Nampak Berseri-Seri, Peminat Teka Jantina Anak Sulung Nabila Razali - “Tengok Perut Tu Macam…”

gempak
15/10/2024
01:19 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali sekali lagi mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini.
Viral

Pengasuh ‘Gila’, Campur Pil Terlarang Dalam Susu Agar Bayi Kuat Makan

gempak
14/10/2024
21:22 MYT
Manusia makin hari makin di luar kewarasan. Seperti perbuatan kejam dan kurang siuman seorang pengasuh terhadap bayi di bawah jagaannya terbongkar baru-baru ini.
BorakSeeni