Laman Utama
"SPM Tak Buat Betul-Betul, Siap!" - Ifa Raziah Hadiahkan BMW Sempena Birthday Ke-17 Anak, Jatuh Serentak Tarikh PRU15
Bertuahnya jadi anak Ifa Raziah, baru meraikan ulangtahun kelahiran ke-17 serentak pada hari orang ramai membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam, Aqil menerima hadiah sebuah kereta mewah model BMW 3 Series (e30).
"Sempena hari jadi Aqili yang ke-17 pada 19 November 2022, saya menghadiahkan anak saya sebuah kereta.
"Kereta ini merupakan kereta idaman Aqili. Saya pun tak tahu kenapa dia suka kereta ini. Terimalah ‘birthday boy’. Selamat hari jadi.
"Dia belum ada lesen lagi. Nanti dia akan ambil lesen selepas SPM. Tak buat SPM betul-betul, siap!" kata Ifa dalam sepotong video.
Mengikut tinjauan di enjin carian Google, harga semasa kereta mewah tersebut sekitar RM321,000.
Dalam hantaran sama, Ifa, 47, turut melayangkan ucapan istimewa buat anak terunanya itu.
"Buah hati Mama & Papa yang tersayang, senyum dan bahagiamu membuat kami semakin kuat. Kami akan memberikan yang terbaik untukmu. Dengan bertambahnya usiamu, semoga aqili semakin cerdas dan semakin membuat Mama & Papa bahagia.
"Happy birthday, sayang. Tak terasa aqili semakin dewasa. Semoga dengan bertambahnya usia, semakin bertambah juga kebaikan dan kebahagiaan yang diberikan untukmu.
"Mama & Papa berharap semoga aqili menjadi anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW .. berbakti kepada Mama & Papa dan menjadi sahabat yang baik untuk sahabat-sahabat Aqili," tambahnya.
Untuk rekod, Ifa sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, namun kedua-duanya berakhir dengan perceraian.
Pada 2004, Ifa sekali lagi berkahwin dengan suami ketiganya, Mohd. Yani Abdul Rahman dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, iaitu Muhammad Shakir Aqili. Ifa juga mempunyai seorang anak angkat perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah.
Must-Watch Video