Tular sepotong video yang memaparkan vokalis kumpulan Spring, Ameng mendendangkan dua buah lagu ketika penerbangan pesawat tambang murah AirAsia baru-baru ini.
Ameng dijemput oleh ketua pramugara yang bertugas ketika itu untuk menyampaikan lagu Sampai Hati dan Butakah Cinta yang pernah popular sekitar era 1990-an.
"Pagi tadi KUL-SIBU. Untuk tidak menghampakan permintaan daripada cabin crew AirAsia.
"Secara spontan menyanyikan santai-santai je lagu Sprung. Maaf atas kekuranganlah ye dan terima kasih," tulis Ameng pada entri video terbabit di Instagram.
Video itu dirakamkan oleh seorang promoter pertunjukan pentas, Johan Aziz yang bersamanya dalam penerbangan tersebut.
Rata-rata peminat yang menyaksikan video itu memuji sikap bintang Gegar Vaganza musim ketiga itu yang merendah diri dan melayan permintaan daripada peminatnya.
Malah, ada juga yang memuji suaranya yang masih mengagumkan biarpun menggunakan mikrofon pembesar suara.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @amengspringofficial
Takdir Itu Milik Aku: Shaheizy Sam & Emma Maembong Berjaya Buat Peminat Marah & Geram! | Singgah Set
Cik Bam ke lokasi salah sebuah drama yang tengah trending sekarang ini untuk meninjau pembikinan salah satu babak yang telah meruntun jiwa para penonton Takdir Itu Milik Aku. Lakonan Sam dan Emma memang betul-betul padu sampaikan penulis karya terbaik, Siti Rosmizah pun menitiskan air mata. Nak tahu lebih lanjut, jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #TakdirItuMilikAku
Karya Terbaik Siti Rosmizah Semail
Setiap Isnin - Khamis, 10 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
#AstroBaharu #TIMA #TakdirItuMilikAku
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BambamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita